Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

D : MPI 3

Pernah ku katakan sebelum ini, jika aku balik ke Kelantan, insyaaAllah takkan ku lupa untuk menjenguk sekolah ku yang satu itu. Baru-baru ini sekolahku menjadi buah mulut orang. Sesuatu yang dahsyat telah berlaku, sesuatu yang tidak pernah pun diimpikan oleh semua warga sekolah. Meskipun begitu kami bersatu, menguatkan sesama kami, berpaling dan melihat dimana cacat cela yang perlu dibaiki, tersenyum memandang kasih sayang yang telah dipupuk kepada kami di sini. Betapa lama proses pembangunan insan dan thaqafah di sini sejak zaman senior hinggalah junior pada hari ini. Ukhwah kami jitu dan tidak akan dipatahkan oleh sesiapapun. Masalah yang timbul itu bagaikan hujan yang membawa bersamanya ribut, memusnahkan bangunan yang tidak utuh, menguji ketahanan dahan-dahan pohon yang kuat mengikat diri dengan tanah. Begitulah ringkasnya. Yang musnah didirikan semula dan diperkuatkan. Yang teguh diambil contoh dan cara. Ketika itu aku berada di universiti, beberapa hari aku berfikir...

D : Memori di UiTM Dungun

(Post ni Ami start tulis masa Study Week, lepas tu berhenti sekejap sebab nak menghayati ‘Study Week’) Assalamualaikum, hye. Ami masih di sini. Alhamdulillah, hampir 2 minggu di rumah untuk cuti study week dan cuti Christmas. Apa-apa pun, baru-baru ini Ami ada buat pengumuman pasal Ami punya YouTube Channel. Sebenarnya dah lama ada cuma sebelum ni buat sebab nak hantar assignment video dan post kenangan manis sahaja, al-maklumlah, editing memang minat saya. Jadi sesiapa yang mempunyai masa untuk tengok YouTube channel Ami boleh lah ke link di bawah. https://www.youtube.com/channel/UCbJ7X7vjQK8mid5KYrZvhDQ -           Kalau ada idea untuk letak content apa pun boleh je cakap yer. By the way, disebabkan Ami dah 3 sem duduk di UiTM Dungun, banyak juga cerita yang boleh Ami kongsikan kepada pembaca tentang kisah-kisah menarik sepanjang berada di sini. Sebelum Ami datang ke UiTM Dungun, Ami banyak juga search ten...

D : Perangai Customer Printing

Pernah tak buat bisnes dekat universiti? Assalamualaikum. Hye. Dah cuti semesta ni tak ada buat apa-apa lah pula. Mesti korang pun still tertunggu-tunggu bila lah nak keluar dengan kawan-kawan ni. Janji dah lama, buat je idok kan? Apa-apa pun selamat bercuti semua. Semoga cuti anda dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah. Hari ni Ami nak cerita pasal kisah Ami Dan Printernya . KAH! Clise sangat you all. Bukan apa, Ami ni kadang-kadang nak mengadu tapi tak tahu nak mengadu kat sapa. Orang pandang serong benda ni tapi sebenarnya ia jadi masalah juga kepada Ami. Sesiapa yang pernah jadi pelajar yang buka service printing ni mungkin pernah alami apa yang Ami alami. Sebelum Ami cerita, kita bermuqaddimah lah dulu ye. Ami start printing ni atas nasihat daripada roommates Sem 1 iaitu Cuna dan Khairoh. Masa tu, kedai printer sangat jauh dari kolej kami, kitorang kena menyeberang laut kalau nak ke sana (acah oversea). Jadi sejak dari interim lagi ramai sangat ya...

D : Tahun Baru, Azam Baru

It’s a NEW YEAR. Assalamualaikum, hye. Alhamdulillah, dah setahun berlalu, banyak rintangan dan dugaan yang dihadapi tetapi diakhiri dengan tenang. Ami kalah sekejap, asal akhir tahun je banyak lah sale Shopee Lazada apa semua tu kan haa, Ami pun terjebak sama. Ami beli product Mary Kay, kawan Ami yang jual. Hanya promote di WhatsApp dan Ami tergugat. Yelah, siapa tak nak cantik kan. Okeyh, biasanya tahun baru ni kita ada azam baru, right. Ami punya azam tak sempat buat lagi sebab tahun baru Ami pun disusuli dengan final exam, so nanti Ami share. (Kalau nak share) Apa yang Ami nak pointkan kat sini ialah cara korang nak capai azam tu macam mana. Adakah korang akan tulis di social media? Adakah korang akan sebarkan azam korang dekat family dan kawan-kawan supaya nanti bila korang lupa diorang akan ingatkan? Adakah korang akan tulis dalam buku dan rujuk balik setiap kali lupa. Haaaa.. ini nak cerita ni. Masa Ami Form 6 (sekejap sahaja), Ami tulis azam Ami dalam 2 he...