Skip to main content

D : Memori di UiTM Dungun



(Post ni Ami start tulis masa Study Week, lepas tu berhenti sekejap sebab nak menghayati ‘Study Week’)

Assalamualaikum, hye.

Ami masih di sini. Alhamdulillah, hampir 2 minggu di rumah untuk cuti study week dan cuti Christmas.

Apa-apa pun, baru-baru ini Ami ada buat pengumuman pasal Ami punya YouTube Channel. Sebenarnya dah lama ada cuma sebelum ni buat sebab nak hantar assignment video dan post kenangan manis sahaja, al-maklumlah, editing memang minat saya. Jadi sesiapa yang mempunyai masa untuk tengok YouTube channel Ami boleh lah ke link di bawah.


-          Kalau ada idea untuk letak content apa pun boleh je cakap yer.

By the way, disebabkan Ami dah 3 sem duduk di UiTM Dungun, banyak juga cerita yang boleh Ami kongsikan kepada pembaca tentang kisah-kisah menarik sepanjang berada di sini.

Sebelum Ami datang ke UiTM Dungun, Ami banyak juga search tentang kisah-kisah kat UiTM ni. Jadi lepas dah rasai sendiri barulah boleh bercerita…

1. BANGUNAN KARAH TERBAKAR

Yang paling popular dalam Google adalah bangunan Karah terbakar, yang ni memang agak banyak carian di internet. Kalau nak cari pun senang jer, search ‘bangunan Karah terbakar’ dah dapat.


Bila Ami datang sini, bangunan tu dah tak ada, hanya tinggal tapak sahaja. Kalau nak tahu kat mana, tapak tu betul-betul berhadapan dengan Pusat Hidayah (Masjid UiTM Dungun). Ingat bangunan Karah, teringat cerita Karah hahaha, okey-okey move on.

2. TELUK MAYAT

Bercerita pasal tempat ni, sebenarnya ada kisah di sebaliknya. Setiap kali musim tengkujuh, ombak pantai kat Dungun ni memang agak tinggi, bolehlah setinggi manusia, sebab tulah semua pelajar tidak digalakkan turun pantai pada musim tengkujuh, tapi turun juga. Lagi-lagi nak tengok dengan mata kepala sendiri ombak besar tu.

Okeyh, Teluk Mayat ni dekat je dengan UiTM, kalau pergi Kem Gemia, Insyaallah takkan ketinggalan untuk pergi ke tempat tu. Nak dijadikan ceritanya, setiap tahun pasti ada kes lemas dekat pantai area Dungun ni, dan kalau polis tak jumpa cari mayat tu pada haritu juga, tunggu je beberapa hari, Insyaallah mayat orang lemas tu ada di Teluk Mayat. Biasanya kat tempat tu lah mayat orang lemas akan dijumpai sebab air pantai akan tolak mayat ke situ.

Pantai Dungun ni bahaya, ombak pantai dia jenis tarik orang. Bukan setakat ombak je besar, tanah pon cerun ngat (sebab ombak tarik pasir). Masuk beberapa langkah dalam pantai pon boleh tenggelam dah. So Ami sarankan janganlah main dekat sangat dengan pantai yer. Tengkujuh ke idok, kome jangan main pantai Dungun ni, bahaya! Bolehlah cari kat Google kalau nak tahu pasal berita ni di kawasan pantai Dungun.

3. CERITA HANTU

Hehehe, ni lah part best sebenarnya, Ami memang minat cerita-cerita macam ni. Okey, cerita-cerita yang Ami bakal cerita ni adalah daripada senior Ami. Kesahihan adalah tak pasti tetapi anggaplah ia sebagai cerita untuk hiburan semata-mata.

-          Jambatan

Kat UiTM ada satu jambatan yang akan menghubungkan kolej tasik dengan blok belajar dll. Ceritanya ialah, kat situ orang kata ada penunggung sebab tulah tasik tu sentiasa bersih. But I don’t know lah, pernah je Ami tengok tasik tu kotor, lagi-lagi selepas hujan lebat ataupun masa musim kemarau, angin tak ada so air pon tak bergerak.

Yang kedua, ada orang pernah nampak manusia tak berkepala. Haa, cerita ni senior Ami kata dulu ada seorang lelaki ni, mungkin PIBH, selalu datang masjid awal untuk solat Subuh. And then, dia nampak lah ‘ehem’ di jambatan tapi dia orang kuat, dia buat deekk aje lalu jambatan tu. Begitulah cerita ringkasnya.

Yang ketiga, yang dirasai oleh kawan sendiri, masa tu kami nak tampal poster tayangan, kami start tampal poster dalam pukul 10.30 malam lebih, kami berpecah pada mulanya, dari Kolej Redang dan Kolej Tenggol sampailah bertembung semula dekat Sadin. Masa tu, dah pukul 11 lebih dan sebenarnya nak habiskan malam tu tapi kawan Ami suruh berhenti masa tu juga sebab tiba-tiba kawasan tu berkabus, tebal sangat, dan Ami ada snap gambar kawasan berkabus tu, dari Sadin sampailah ke jambatan. Masih ada lagi gambar tu. Nanti Ami letak kat bawah.

Kami pun sambung keesokan malam, kami start agak lewat dalam pukul 11 malam, tak ingat dah kenapa. Kami sambung tampal poster dari Sadin hingga ke jambatan. Mula-mula tu tak berkabus, lama-lama sikit dah berkabus dah. Sorang kawan Ami ni dia agak kureng, so kami suruh dia duduk dalam kereta aje. Ami dan sorang lagi kawan ni, Oni, sambung lah kerja sampai ke tengah jambatan. Tiba-tiba Oni ni Tanya, “Weyh nak sambung lagi ke? Aku rasa cukup je kut sampai sini je.”. Ami jawab okey je pastu kitorang balik lah ke kolej Duyung. Bila dah sampai bilik barulah buka cerita, sebenarnya Oni boleh nampak. Dia nampak je ‘ehem’ tu, dekat ….. , tapi dia tak nak bagitahu sebab dia memang jenis tak kisah, asalkan kerja siap. Masa berkabus tu pon dia tak bagi Ami snap gambar tapi Ami snap juga sebab cantik pemandangan masa tu. Bila lagi kan, hehehe…

Satu lagi, masa tu tengah malam atau pun Maghrib, biasalah baru siap kerja apa semua nak balik kolej Redang masa sem 2. Sebelum lalu jambatan tu, Ami bau bunga, harum sangat tapi tak berpaling, buat pa nak paling, nak bagi salam ka. Mestilah tak kan, jalan straight saja sampai Redang.

Pernah dengar juga orang kata banyak kali kat situ memang kadang-kadang bau bunga kadang-kadang bau lain macam.


-          Tenggol

Sabar yer budak Tenggol, sat aku citer. Cerita ni Ami baca dekat blog orang lain tapi tak pasti pula blog mana. Nanti jumpa, Ami letak kat ruang komen link dia. Macam ni kisah dia, masa tu interim. So urusetia ni duk kawal lah peserta pi Gemia masa tu, dah tak dak sapa dah belakang depa masa tu.

Ada seorang peserta perempuan ni berdiri kat tengah padang, tak tau lah buat pa kan. Urusetia ni laki, dia pi lah panggil budak tu suruh pi Gemia. Katanya budak tu pakai baju putih. Bila depa dua orang tu pi dekat, rupa-rupanya budak perempuan tu tak dak kaki. Pergh, apa tunggu lagi, takkan nak salam cium tangan pula kan, depa pecutlah. (Tak tau awat keluar Kedah pulak, cakap Kelantan takut tak faham)

-          Redang

Yang ni memang legend lah, kalau budak part 1 tak pernah merasai pengalaman orang hysteria memang bukan diaaa… Yang ni masa zaman sapa tah, senior MYUFM citer. Camni citer dia, ada seorang member ni atau bahasa islamik dia si fulan ni haaa. Member ni tak tau beginning apa kena rasuk lah ringkas ceritanya, pastu berjangkit dengan si member no 2. Yang baru kena ni pi lari keluar Redang sampai tasik, hampir-hampir je terjun tapi sempat tangkap lah (katanya).

Yang kedua, pasal tangki air sebelah Redang 5. Yang ni korang kena cari sendiri lah cerita apa, sebersalah pula nak cerita.

Kalau pembaca tahu cerita apa, boleh juga share kat komen. Huhu…

-          Konti

Kah! Ada banyakkkk. Diorang pun baik, tak tunjuk muka. Tapi Ami boleh share 1 je dan ianya di luar konti. Takleh cerita lebih-lebih yang ni, takut kena serbu hehe. Dekat bangunan konti tu, ada patung pakai jubah Naib Canselor kat bawah, orang kata, malam2 kepala patung tu akan bergerak tapi masalahnya, patung tu mana ada kepala. Haa… tu dia. Kepala siapa tu… Cenggitu jelah cerita dia.

Cerita pasal kisah seram ni, Ami nak tanya pendapatlah sikit kepada semua pembaca. Ada orang berminat tak kalau MYUFM buat segmen seram, setiap minggu ada kisah seram yang berbeza. Tanya je, kut-kut ada yang berminat. Nanti komen kat bawah.


4. HAIWAN

Alah, siapa aje yang tak pernah merasa untuk diserang atau diganggu oleh kera, monyet, siamang dan khinzir dekat UiTM Dungun ni. Of course pernah, sekali pon mesti pernah punya.

Kalau pasal golongan Nyet ni, diorang suka sangat datang mengejut dekat Kolej Redang. Masa zaman Ami sem 1 dulu, paling kuat kena serang dengan Nyet ialah Redang 3 dan 4 kot. Biasanya dia akan serbu tong sampah, masuk bilik orang sesuka hati lepas tu curi makanan, yang paling teruk sekali perangai diorang ni bila diorang serbu tandas. Adohaiii, tak ada tempat lain ke? Yang paling terjerat dan terkaku ialah orang yang tengah mandi, confirm2 dah duduk senyap je dalam bilik air, sambil2 berdoa dalam hati, ‘Ya Allah, apakah dosa ku sehingga diuji sebegini.’. Sesetengah Nyet ni baik je, Ami paling kerap jumpa Nyet kat jambatan setiap kali otw nak ke kelas, Ami jenis selamba, so Ami lalu jelah sebelah Nyet tu. Kalau kita lari dia akan kejar kita. 1 nasihat Ami, please jangan bawa plastic semasa terserempak dengan Nyet, dia akan serang sebab dia ingat dalam plastic tu ada makanan.

Kalau khinzir, ada pernah sekali pelajar perempuan kena kejar dengan si K ni, dari jambatan sampailah ke PH. Lepas tu adalah yang buat lawak. ‘Si K pon pergi masjid, kau bila lagi.’ Hah tu dia. Kadang-kadang haiwan ini ditakdirkan untuk hadir di dalam hidup kita ni untuk memberi pengajaran. Ceyhhh… Acah….

Sepanjang Ami di UiTM Dungun, pernah sekali je Ami terserempak dengan K iaitu masa Ami makan malam kat Sadin. Nasib baik si K ada dalam pagar rumah lecturer yang depan Sadin tu, kalau tidak, ada possibility untuk dia datang serang Sadin. Sebelum terserempak di dekat Sadin tu, group Redang dah bising sebab K berkunjung ke sana dulu sebelum ke sini.

Ada juga haiwan lain seperti, biawak dan ular tetapi amat jarang mengganggu ketenteraman awam. Mereka adalah dari golongan haiwan-haiwan yang beriman. Alhamdulillah…


Itu aje kot buat masa ni, Ami pun hanya meluangkan masa selepas lama tak menulis. Keluar pula idea lepas Solat Isya tadi, terus tulis. Semoga terhibur…


Comments

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...