Assalamualaikum warga net. Hari ini santai-santai sahaja Jam pun dah pukul 1.24 pagi. Tak tahu kenapa sejak balik rumah PKP ni asyik tidur lambat sahaja, padahal bukan tabiat pun masa kat U dulu. Hmmm... Ringkas cerita, Ami sebenarnya agak tertarik dengan gosip sehari dua ni iaitu berkenaan dengan artis Malaysia yang merungut tentang bantuan daripada kerajaan terhadap mereka. Ami agak tertarik sahaja, nak komen lebih-lebih memang tak lah. Ami tertarik sebab teringatkan sahabat-sahabat Ami. Berbeza tempat berbeza situasinya. Dulu, masa sekolah menengah ramai yang layan Ami sebagai kawan biasa sahaja, tak lebih tak kurang. Ami juga begitu, Ami pantang benar kalau orang pandang seseorang tu berdasarkan background family dia, bukan apa, semua tu kan tak penting, kenapa kena kawan dengan sebab-sebab tertentu, nanti akhirnya walaupun kita ada ramai kawan kita akan tetap rasa sendirian. Sebab apa? Sebab semua orang tidak boleh dipercayai, semua tidak boleh membantu kita, kita sendiri ak...