Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

D : Peminta Yang Tidak Bersyukur

Assalamualaikum. Hye. Aku pernah buat status dulu, "Cek kata jangan jadi miskin, jadilah kaya tetapi sederhana." Aku tahu ramai yang tertanya-tanya atau tidak bersetuju dengan status ni. Dulu aku faham secara teori jer tetapi sekarang aku ada bukti, so aku bolehlah cerita kat korang. Sebelum ni aku takut-takut nak cerita sebab takut korang tak faham, jadi aku cuba fahamkan korang yer. 2 minggu lepas, aku sedang menaip kat luar rumah di suatu pagi yang stress, idea tak masuk kalau menaip kat dalam rumah, macam otak tersepit, jadi aku duduk kat luar dan menaip. So, ada sebuah motor ni masuk dalam kawasan rumah aku, seorang pakcik dan seorang nenek (ibu kepada pakcik tu rasanya). Dia berhenti depan aku and tanya mak ayah ada tak. Aku cakap lah ada. Aku dah boleh agak apa yang dia nak tapi aku keliru kejap sebab dia cakap macam ni. "Boleh tak panggil mak, makcik datang nak ambil barang, mak kenal makcik." So aku naik rumah and panggil mak aku, bi...

D : Kesian Dia

Assalamualaikum. Hye Baru-baru ni adik aku mengadu kat aku, dia bergaduh dengan kawan kat sekolah. Katanya kawan dia tegur dia pasal perangai buruk dia. Kita abaikan dulu perangai adik aku tu, yang nak diketengahkan untuk kali ini ialah dia tak puas hati kenapa hanya dia yang ditegur sedangkan rakannya yang sorang lagi yang mempunyai perangai lagi teruk dari dia tidak ditegur. Aku pun, macam biasa, bukalah tazkirah ringkas sikit. "Sepatutnya *** bersyukur sebab *** kena tegur ko saing, siye ko saing *** hok tak keno tegur tu, dia akan hidup dale keadaan perangai hudoh gitu lah. Jadi sebagai seorang sahabat, *** kena tegur dio, barulah boleh samo2 berubah, samo2 juruh." Dalam apa-apa pun perbalahan, aku suka seimbangkan kesalahan kedua-dua belah pihak supaya ada situasi di mana kita perlu mengakui kesalahan masing-masing. Dan lebih baik jika kita meminta maaf terlebih dahulu meskipun ia bukan salah kita, sekurang-kurangnya kita dapat menyelamatkan hubungan persahabat...

D : Dijodohkan

Assalamualaikum. Hye. Maaf lama tak update, lappy tak bagi kerjasama sikit buat masa sekarang, so tak boleh menulis sangat. Apa-apa pun mari kita teruskan dengan tajuk kita untuk kali ini. Teringat zaman kecil-kecil dulu, mak selalu berborak dengan aunty-aunty onion, bila masuk je part kahwin, start dah pandang aku. Al-maklumlah, anak sulung kan. So kiranya aku dah terlampau biasa bila orang berbual pasal soal jodoh atau kahwin, dah sebati dalam kitaran hidup. Kadang-kadang jemu lah juga, kadang-kadang seronok lah juga. Ada satu perangai anak-anak muda sekarang, suka menjodohkan orang, ya, aku lah mangsanya. Dari sekolah sampai ke universiti, ada aje modal title jodoh untuk dibualkan. Masa sekolah menengah dulu, form 1 dengan si A, form 2 dengan si B. Jodoh boleh tukar-tukar pulak tu. Masa masuk universiti lagi lah, semua lelaki yang nampak sesuai akan dijodohkan dengan aku, kadang-kadang sampai nampak macam serious bebenor diorang ni membahan. Hemmm, layan jelah. Serik lah ju...

D : Hari Pendaftaran (Volunteer)

Assalamualaikum. Hye. Baru-baru ni Am ditugaskan untuk mewakili MyUFm untuk bertugas pada Hari Pendaftaran Pelajar Baru. Bagai ditakdirkan, kebetulan rancangan Am sebelum ini dibatalkan dalam minggu itu, jadi terus Am bersetuju untuk mewakili MyUFm untuk bertugas pada hari tersebut. Sebenarnya Am agak takut tetapi excited sangat. Tak tahulah Am ni... (perempuan kan) 😂 Mana taknya, banyak lagi benda-benda teknikal yang Am tak tahu tetapi main volunteer kan diri je. Nasib baik ada super senior, kalau tak, habislah Am. Kitorang berlima kesemuanya. Pada hari pertama tiba di UiTM, kitorang bergaduh pasal baju, hahaha. Tak tahu nak pakai t-shirt ke atau pakai baju koprat. Potpet potpet... Last sekali kitorang decide perempuan pakai baju koprat dan laki pakai t-shirt. DONE! Petang tu, kami pergi ke kaunter kami untuk tengok tempat tu dah setup ke belum. Seperti yang dijangka, memang tak setup lagi. Jadi kami decide untuk setup esok pagi memandangkan hari dah lewat p...

D : Lost

Assalamualaikum. Hye. Beberapa hari lepas, Am lost. Hahaha... lost dalam penulisan. Tiada apa yang Am boleh buat selain menulis permulaan cerita dan berhenti dipertengahan jalan. Bagaikan setiap kehidupan manusia yang Am rasa tiada endingnya. Am cuba tetapi makin lama makin hilang benda yang Am nak sampaikan. Beginilah Am jika Am lost dalam penulisan, segalanya akan terhenti dan susah untuk mencari semangat tu balik. Am hanya perlukan sokongan untuk terus menulis tetapi Am tersesat di tempat yang sama. Hemmm, macam nak terangkan itu? Hahaha... Am mempunyai pemikiran yang tersempit dengan environment Am sahaja, disebabkan itulah Am tersepit dengan idea dan suasana di sekitar Am.  Tak sangka juga penulisan yang sepatutnya menjadi kebebasan tetapi akhirnya perlukan pemandu. Mungkin ia sesuatu yang lebih baik.