Assalamualaikum. Hye
Baru-baru ni adik aku mengadu kat aku, dia bergaduh dengan kawan kat sekolah. Katanya kawan dia tegur dia pasal perangai buruk dia. Kita abaikan dulu perangai adik aku tu, yang nak diketengahkan untuk kali ini ialah dia tak puas hati kenapa hanya dia yang ditegur sedangkan rakannya yang sorang lagi yang mempunyai perangai lagi teruk dari dia tidak ditegur.
Aku pun, macam biasa, bukalah tazkirah ringkas sikit.
"Sepatutnya *** bersyukur sebab *** kena tegur ko saing, siye ko saing *** hok tak keno tegur tu, dia akan hidup dale keadaan perangai hudoh gitu lah. Jadi sebagai seorang sahabat, *** kena tegur dio, barulah boleh samo2 berubah, samo2 juruh."
Dalam apa-apa pun perbalahan, aku suka seimbangkan kesalahan kedua-dua belah pihak supaya ada situasi di mana kita perlu mengakui kesalahan masing-masing. Dan lebih baik jika kita meminta maaf terlebih dahulu meskipun ia bukan salah kita, sekurang-kurangnya kita dapat menyelamatkan hubungan persahabatan.
Menang Dalam Kalah, apa salahnya kan?
Pasal kesian, yer aku kesian tengok orang yang berbuat jahat tetapi tidak ditegur. Aku kadang-kadang rasa sebersalah tak tegur orang yang buat jahat, tapi yelah, kalau tegur kang kena balik.
"Kau pun sama bla bla bla...."
Jadi kalau asyik sama aje, tak berubah lah diri masing-masing... tak ada bezanya. Kalau nak berbeza, tengoklah siapa yang berubah ke arah kebaikan dulu...
Pikirlah sendiri...

Terkadang hidup nj kalau nak tegur orang ikut situasi kan. Entah bila masuk universiti ni kan Ami nak tegur seperti sekolah dahulu dah tak boleh sangat sebab fikiran orang lain-lain, pelajar lain-lain negeri dan adat di sesuatu tempat pun tidak sama bukan? Lebih-lebih lagi kalau isu tersebut melibatkan "couple". Itu yang saya sedih hatta kita rapat dengan kawan kita sekalipun ermmmm..
ReplyDeleteItu betul. Kalau kat sekolah dulu senang sebab kita berada di dalam biah yakni suasana yang sama tetapi bila masuk ke alam Universiti kita kena lebih belajar untuk menerima mana biah yang kawan kita rasai. Kalau bukan dengan kata-kata, cukuplah doa dan perbuatan kita yang menjadi contoh buat dia
Delete