Skip to main content

D : Kesian Dia

Assalamualaikum. Hye

Baru-baru ni adik aku mengadu kat aku, dia bergaduh dengan kawan kat sekolah. Katanya kawan dia tegur dia pasal perangai buruk dia. Kita abaikan dulu perangai adik aku tu, yang nak diketengahkan untuk kali ini ialah dia tak puas hati kenapa hanya dia yang ditegur sedangkan rakannya yang sorang lagi yang mempunyai perangai lagi teruk dari dia tidak ditegur.


Aku pun, macam biasa, bukalah tazkirah ringkas sikit.

"Sepatutnya *** bersyukur sebab *** kena tegur ko saing, siye ko saing *** hok tak keno tegur tu, dia akan hidup dale keadaan perangai hudoh gitu lah. Jadi sebagai seorang sahabat, *** kena tegur dio, barulah boleh samo2 berubah, samo2 juruh."

Dalam apa-apa pun perbalahan, aku suka seimbangkan kesalahan kedua-dua belah pihak supaya ada situasi di mana kita perlu mengakui kesalahan masing-masing. Dan lebih baik jika kita meminta maaf terlebih dahulu meskipun ia bukan salah kita, sekurang-kurangnya kita dapat menyelamatkan hubungan persahabatan.

Menang Dalam Kalah, apa salahnya kan?

Pasal kesian, yer aku kesian tengok orang yang berbuat jahat tetapi tidak ditegur. Aku kadang-kadang rasa sebersalah tak tegur orang yang buat jahat, tapi yelah, kalau tegur kang kena balik.
"Kau pun sama bla bla bla...."
Jadi kalau asyik sama aje, tak berubah lah diri masing-masing... tak ada bezanya. Kalau nak berbeza, tengoklah siapa yang berubah ke arah kebaikan dulu...

Pikirlah sendiri...

Comments

  1. Terkadang hidup nj kalau nak tegur orang ikut situasi kan. Entah bila masuk universiti ni kan Ami nak tegur seperti sekolah dahulu dah tak boleh sangat sebab fikiran orang lain-lain, pelajar lain-lain negeri dan adat di sesuatu tempat pun tidak sama bukan? Lebih-lebih lagi kalau isu tersebut melibatkan "couple". Itu yang saya sedih hatta kita rapat dengan kawan kita sekalipun ermmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu betul. Kalau kat sekolah dulu senang sebab kita berada di dalam biah yakni suasana yang sama tetapi bila masuk ke alam Universiti kita kena lebih belajar untuk menerima mana biah yang kawan kita rasai. Kalau bukan dengan kata-kata, cukuplah doa dan perbuatan kita yang menjadi contoh buat dia

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...