Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.
I know, I know. Baru je post semalam nak post lagi hari ni. Let's just skip the explanation and straight to the point. Now, Ami perasan tak ada orang yang tengok blog ni buat masa sekarang. Hahaha, sedikit menyedihkan, tapi let's be honest before orang perasan. Ami malu nak cerita pasal sakit sendiri but tak rasa ke macam it will be exciting when we see this in the future. So let me explain... Gambar kat atas ni ialah lymphatic system atau sistem limba (doctor kata). Ami tak pastilah kalau Ami download gambar ni korang boleh zoom atau tidak but just dengar okeyh. Kalau tak faham, lantaklah. Limpa ni ialah organ accessory, dia ada kat kat mana-mana je dalam tubuh ni (dalam gambar). Kalau korang tengok kat certain tempat dalam gambar ni, korang akan nampak kawasan yang dot-dot hijau dia banyak tau, tulah nodes limpa. And yang panjang mengurai seluruh tubuh tu pula kelenjar limpa. Bengkak A yang Ami duk citer dari first post 'Sakit' tu ialah dot-dot hijau tu yang memben...