Skip to main content

Sakit

It's all start a month ago. Masa tengah belek-belek telefon atas katil tersentuh lah butir yang bengkak ni... Keras, pastu cepat-cepat bagitahu cek takutlah penyakit ke apa ke. Cek pun relax sahaja, katanya Adnin pun ada dulu tapi dah hilang seminggu kemudian ad butir kecil sebelah butir yang dah besar, rasanya dia dekat sangat dengan urat pastu bagitahulah Cek. Seminggu lepas tu kitorang gi Hospital Besar KB, kebetulan Aisyah ada cucuk booster situ so Ami pun pi nak check doctor situ jugak. Tunggu dekat sejam Aisyah dah siap dengan urusan dia, tunggu lagi setengah jam pastu check suruh balik sebab tunggu giliran lambat sangat.

At the same week, tiba-tiba sakit pergelangan tangan. Mula-mula tu sakit dia reda beberapa jam lepas bangun tidur tapi lepas seminggu dia jadi makin lama nak reda dan di situlah mulanya susah nak menulis tapi still boleh kalau start praktice awal-awal sebab dia akan redha kalau menulis lama. At the same time, butir yang kecik tadi membesar hingga jadi sama besar dengan yang butir pertama. Tapi yang bengkak ni xde pula sakitnya dari awal sampai sekarang cuma kita dapat rasa lah macam ada batu dalam kulit kalau sentuh. 

So seminggu yang lepas, tangan yang sakit tadi (tangan kanan) start bengkak. Ami terpaksa inform lecturer yang Ami terpaksa menaip kalau takleh menulis dalam final test nanti sebab takut masa nak jawab test nanti tangan tengah sakit (tapi at the end Ami still menulis sampai habis).

And then beberapa hari lepas tu tangan start gelembung sikit. Tangan Ami ni sekali tengok pon dah tahu kurus sebab nampak tulang tapi sekarang semua tulang tu dah tak ada sebab tangan dah bengkak. Bila sentuh, tak sakit pun tapi ad certain part tu sakit, yang lain bila sentuh rasa macam tangan dah makin berisi je. Seronok juga tengok sebenarnya sebab Ami dah lama nak naik berat.

Minggu ni makin sakit sikit, nak buat urusan pun banyak benda xleh buat. Paling ketara urusan bilik air, sebab bilik air ami ada paip air macam hose tu, kalau tekan baru keluar air, but tangan kanan dah tak boleh buat benda tu so bila guna tangan kiri untuk tekan takkan tangan kanan yang nak membasuh, akhirnya Ami guna cetong jelah guna tangan kanan tapi kuantiti air kena kurang dari separuh sebab tak mampu nak angkat yang berat.

Selain dari tu masa nak solat, setiap kali angkat takbir mesti tangan gesel dengan kain sembahyang so xleh nak straight kan tangan. Masa sujud pula, tangan telah nak letak straight atas lantai sebab sakit so Ami kena act genggam. Lepas solat mengaji, biasanya masa nak amik quran dari rak tu yang sakit sebab biasanya quran bertindih dengan quran lain so kena ada effort sikit masa nak alihkan quran Ami.

Kalau kat dapur, kerja Ami membasuh, yang susahnya masa nak angkat satu persatu barang tu memang sakit. Tangan Ami dah tak fleksibel macam dulu, so sebab ami guna tangan kanan untuk pegang span basuh pinggan tu, dia dah macam robot dah, tangan ni kena goyang sikit2 je kalau tak sakit. Harap-haraplah semua pinggan tu bersih.

Antara spekulasi kenapa tangan sakit ialah sebab Ami salah tidur, Ami perasa juga setiap kali sebelum tidur Ami akan main phone so sebelum tidur tangan akan terangkat atau senang citer tangan duduk atas bantal tidur dan dia akan menjunam ke bawah sikit. Second speculation ialah sebab selalu menaip, memang hectic week gila start week 12 sampai week 14 sebab tu dia susah sembuh sebab asyik guna je.

Itu sahaja kut. 

Sebenarnya Ami tak nak citer kat blog sebab Ami dah ada diary, blog ni citer pendek2 je tapi sebab tak leh nak menulis so kita ganti ngan blog.

Okeyh bye

Comments

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...