Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

D : Bahasa Melayu

Assalamualaikum. Hye. Oleh kerana cuti kali ini saya menghabiskan masa dengan berada di hadapan laptop, maka saya meneliti alam maya dengan lebih kerap. Apabila melihat beberapa bacaan di internet, terdetik sedikit kekecewaan terhadap gaya penulisan di sana. Penggunaan bahasa adalah bahasa pasar, manakala Bahasa Melayu pula disingkatkan. Ia adalah suatu kebiasaan pada zaman sekarang tetapi ia adalah sesuatu yang menyentapkan jiwa bagi seorang pejuang bahasa. Saya adalah mangsa dan suspek kepudaran Bahasa Melayu di dalam diri saya sendiri. Kurang membaca adalah salah satu punca kepada kes ini. Apabila saya mula kerap menulis, baru saya sedar bahawa terdapat banyak perkataan Bahasa Melayu klasik dan unik yang telah saya lupa, ada juga yang saya tidak tahupun mengenai kewujudan perkataan itu. Saya bukan sahaja menyedarinya apabila menulis, malah ketika saya membaca novel.  Ketika saya membaca buku bertajuk Empayar yang ditulis oleh Teme Abdullah (idola), terdapa...

D : Kenapa?

Assalamualakum. Hye. Setelah Am post beberapa kali ni, ada orang tanya, BM dapat berapa dulu? Kenapa dulu tak buat blog? Kenapa tiba-tiba start menulis? Hemmm baiklah, mari kita ringkaskan... Kalau cakap pasal bakat menulis, Am dah pernah menulis dulu, cerpen ke novel ke entahlah. Dah nak dekat 100 muka surat dah, lepas tu Am berhenti sebab dah tak ada idea, dah tak ada mood, dah tak ada masa dan banyak lagi alasan lain. ( alasan banyak sangat, jangan tiru aksi ini ) Untuk minat menulis, Am terpengaruh dengan hobi mak Am, dia seorang penulis yang memang berbakat. Ulat buku, jenis suka baca novel-novel tebal yang kurang dialog di dalamnya. Kalau perhatikan cara penulisannya pun dah tahu yang mak Am ada banyak ilmu tentang Bahasa Melayu ni. Kalau cakap pasal result, biasa-biasa saja. Lain bila kita spontan dan bila kita belajar cara untuk jawab kertas soalan. Apa-apa pun, belajar BM ni memang membantu dan sangat menyeronokkan. Terima kasih kepada Cikgu Che Kar, Cikg...

D : MPI 2

Hemmm... Nampaknya jari ku semakin lama semakin jinak untuk menaip sesuatu. Mungkin ada kebaikan yang aku boleh laburkan atas jasa laptop ini. Baiklah, jika pembaca menyukai tulisan ku sebelum ini ... akan aku menyambung coretan ringkas yang mengimbau dunia kenangan yang berada di dalam fikiranku. Mari kita ke masa lampau, mengimbau kembali setiap detik berada di sekolah itu. Pasti ada yang mencuit hati sedikit demi sedikit. Hahaha... Kali ini kita bercerita tentang sahabat. Aku pernah mendengar satu tulisan yang mengatakan bahawa maksud kawan dan teman itu lain. Kawan bermaksud sahabat biasa yang bertemu sekadar untuk mengisi hari-hari kita, teman pula ialah sahabat yang bukan sekadar sahabat. Teman adalah orang yang akan bersama dengan kita ketika susah dan senang, menasihati kita walaupun ia menyakitkan, mambantu kita meskipun sedang kekurangan. Perkataan sahabat itu sendiri berasal dari bahasa Arab dan seperti yang kita tahu, setiap satu perkataan Arab itu m...

D : Masuk U

Assalamualaikum. Hye. InsyaaAllah beberapa hari lagi akan diadakan hari pendaftaran bagi mahasiswa baru di UiTM Dungun. Bila tengok reaksi junior-junior yang baru nak masuk ni, teringat kali pertama melangkah ke dalam alam universiti. Excited sangat, yang peliknya , semua kekawan Am menangis masa first day datang U tapi Am tak. Mungkin sebab dah terbiasa berjauhan dengan keluarga. Hari ini nak cerita pasal first time masuk U. Mungkin perasaan kali pertama masuk U tu dah hilang sedikit demi sedikit, jadi baik kita jangan buang banyak masa. Am dapat program Diploma Analisis Pelaburan. Masa bagitahu parent pasal benda ni, actually parent memang agak terkejutlah, bukan sebab program ni susah tapi sebab namanya yang agak unik. Nampak macam hebat,   macam ‘wah, hebatnya anak aku’.. haa... macam tu ... hahaha. Untuk urusan kemasukan, Am dapat uruskan semua hampir sendirian berhad bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Untuk yang baru first time merasai masuk U tu, g...

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...