Skip to main content

D : Bahasa Melayu


Assalamualaikum. Hye.


Oleh kerana cuti kali ini saya menghabiskan masa dengan berada di hadapan laptop, maka saya meneliti alam maya dengan lebih kerap. Apabila melihat beberapa bacaan di internet, terdetik sedikit kekecewaan terhadap gaya penulisan di sana.

Penggunaan bahasa adalah bahasa pasar, manakala Bahasa Melayu pula disingkatkan.


Ia adalah suatu kebiasaan pada zaman sekarang tetapi ia adalah sesuatu yang menyentapkan jiwa bagi seorang pejuang bahasa.

Saya adalah mangsa dan suspek kepudaran Bahasa Melayu di dalam diri saya sendiri. Kurang membaca adalah salah satu punca kepada kes ini. Apabila saya mula kerap menulis, baru saya sedar bahawa terdapat banyak perkataan Bahasa Melayu klasik dan unik yang telah saya lupa, ada juga yang saya tidak tahupun mengenai kewujudan perkataan itu. Saya bukan sahaja menyedarinya apabila menulis, malah ketika saya membaca novel. 

Ketika saya membaca buku bertajuk Empayar yang ditulis oleh Teme Abdullah (idola), terdapat banyak perkataan-perkataan lama dan klasik yang begitu menarik perhatian saya. Penggunaan perkataan-perkataan unik ini yang telah menjadikan Bahasa Melayu kelihatan begitu menarik apabila dibaca dan menarik di mata dunia.

Saya pernah menghadiri Pertandingan Pidato Peringkat Antarabangsa yang diadakan di UNISZA pada tahun lepas, warganegara Malaysia mahupun tidak, penggunaan Bahasa Melayu yang pelbagai telah membuatkan saya kagum dengan bahasa sendiri.

Menariknya bahasa ini apabila dipraktikkan di dalam kehidupan seharian kita. Jika diteliti, sesetengah orang yang menggunakan perkataan-perkataan Bahasa Melayu unik di dalam kehidupan sehariannya, pasti kita dapat lihat bahawa mereka nampak lebih bijak daripada kita dan secara automatik dia akan kelihatan sangat mengagumkan. Cuba pula bayangkan di dalam setiap perbualan kita diringkaskan dengan menggunakan peribahasa. Fuhh...

Malangnya, saya yakin, ramai orang di luar sana kurang memahami bahawa Bahasa Melayu ini mempunyaiA tarikannya yang tersendiri. Ini mungkin juga kerana kekerapan menggunakan perkataan kesat sebagai penanda wacana menyebabkan ramai yang memilih untuk tidak berkias-kias ketika bercakap. Cukuplah carutan menggambarkan perasaan mereka ketika itu. 

Saya tidaklah hebat ketika berkata-kata tetapi saya sangat kagum dengan bahasa ibunda sendiri.

Comments

  1. Kata orang, Bahasa Melayu ialah bahasa yang paling mudah untuk dipelajari. Malah lidah orang Melayu merupakan lidah yang sangat petah berkata-kata walaupun menggunakan bahasa asing. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Ami memang sangat bangga kerana dilahirkan sebagai Bangsa Melayu... Ada budi pekerti kita, perangai bangsa kita memang mendapat pujian orang di luar negara (seperti di Mekah dan Mesir) malah BAHASA IBUNDA kita sendiri juga adalah bahasa yang pernah berkuasa dulu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...