Assalamualaikum. Hye.
Oleh kerana cuti kali ini saya menghabiskan masa dengan berada di hadapan laptop, maka saya meneliti alam maya dengan lebih kerap. Apabila melihat beberapa bacaan di internet, terdetik sedikit kekecewaan terhadap gaya penulisan di sana.
Penggunaan bahasa adalah bahasa pasar, manakala Bahasa Melayu pula disingkatkan.
Ia adalah suatu kebiasaan pada zaman sekarang tetapi ia adalah sesuatu
yang menyentapkan jiwa bagi seorang pejuang bahasa.
Saya adalah mangsa dan suspek kepudaran Bahasa Melayu di dalam diri saya sendiri. Kurang membaca adalah salah satu punca kepada kes ini. Apabila saya mula kerap menulis, baru saya sedar bahawa terdapat banyak perkataan Bahasa Melayu klasik dan unik yang telah saya lupa, ada juga yang saya tidak tahupun mengenai kewujudan perkataan itu. Saya bukan sahaja menyedarinya apabila menulis, malah ketika saya membaca novel.
Ketika saya membaca buku bertajuk Empayar yang ditulis oleh Teme Abdullah (idola), terdapat banyak perkataan-perkataan lama dan klasik yang begitu menarik perhatian saya. Penggunaan perkataan-perkataan unik ini yang telah menjadikan Bahasa Melayu kelihatan begitu menarik apabila dibaca dan menarik di mata dunia.
Saya pernah menghadiri Pertandingan Pidato Peringkat Antarabangsa yang diadakan di UNISZA pada tahun lepas, warganegara Malaysia mahupun tidak, penggunaan Bahasa Melayu yang pelbagai telah membuatkan saya kagum dengan bahasa sendiri.
Menariknya bahasa ini apabila dipraktikkan di dalam kehidupan seharian kita. Jika diteliti, sesetengah orang yang menggunakan perkataan-perkataan Bahasa Melayu unik di dalam kehidupan sehariannya, pasti kita dapat lihat bahawa mereka nampak lebih bijak daripada kita dan secara automatik dia akan kelihatan sangat mengagumkan. Cuba pula bayangkan di dalam setiap perbualan kita diringkaskan dengan menggunakan peribahasa. Fuhh...
Malangnya, saya yakin, ramai orang di luar sana kurang memahami bahawa Bahasa Melayu ini mempunyaiA tarikannya yang tersendiri. Ini mungkin juga kerana kekerapan menggunakan perkataan kesat sebagai penanda wacana menyebabkan ramai yang memilih untuk tidak berkias-kias ketika bercakap. Cukuplah carutan menggambarkan perasaan mereka ketika itu.
Saya tidaklah hebat ketika berkata-kata tetapi saya sangat kagum dengan bahasa ibunda sendiri.
Kata orang, Bahasa Melayu ialah bahasa yang paling mudah untuk dipelajari. Malah lidah orang Melayu merupakan lidah yang sangat petah berkata-kata walaupun menggunakan bahasa asing. Hihi
ReplyDeleteAlhamdulillah, Ami memang sangat bangga kerana dilahirkan sebagai Bangsa Melayu... Ada budi pekerti kita, perangai bangsa kita memang mendapat pujian orang di luar negara (seperti di Mekah dan Mesir) malah BAHASA IBUNDA kita sendiri juga adalah bahasa yang pernah berkuasa dulu
Delete