Assalamualakum. Hye.
Setelah Am post beberapa kali ni, ada orang tanya, BM dapat
berapa dulu? Kenapa dulu tak buat blog? Kenapa tiba-tiba start menulis?
Hemmm baiklah, mari kita ringkaskan...
Kalau cakap pasal bakat menulis, Am dah pernah menulis dulu, cerpen ke
novel ke entahlah. Dah nak dekat 100 muka surat dah, lepas tu Am berhenti sebab
dah tak ada idea, dah tak ada mood, dah tak ada masa dan banyak lagi alasan
lain. (alasan banyak sangat, jangan tiru aksi ini)
Untuk minat menulis, Am terpengaruh dengan hobi mak Am, dia seorang
penulis yang memang berbakat. Ulat buku, jenis suka baca novel-novel tebal yang
kurang dialog di dalamnya. Kalau perhatikan cara penulisannya pun dah tahu yang
mak Am ada banyak ilmu tentang Bahasa Melayu ni.
Kalau cakap pasal result, biasa-biasa saja. Lain bila
kita spontan dan bila kita belajar cara untuk jawab kertas soalan. Apa-apa pun,
belajar BM ni memang membantu dan sangat menyeronokkan. Terima kasih kepada Cikgu Che Kar, Cikgu Suhaimi, Cikgu
Nik Mat dan lain-lain.
Kalau pasal blog, sesetengah orang dah tahu Am ada blog lama cuma blog
tu Am tak nak sambung sebab dah tak ada idea juga, dah malas nak menaip, dah
tak ada sokongan dan yang paling penting dan munasabah ialah sebab tak ingat PASSWORD.
Sedih sebenarnya, tapi itulah lumrah manusia, NASIYA yakni LUPA.
Am mulakan balik dunia blogger ni atas sebab terpengaruh dengan MyUFm (kelab
di U) yang pernah buat cerita 2 tahun lepas dan memfilemkannya. Cerita yang
agak menarik, ada unsur-unsur penarikkan yang luar biasa sehinggakan Am rasa
agak beremosi bila baca cerita itu. Lebih kepada emosi marah. (Boleh tanya Ally
kalau nak tahu betapa marahnya Am)
Am mulakan dengan genre Cinta sebab memang itulah paling common orang
suka dan paling laris kalau orang nak baca. Genre cinta monyet TV3 tu dah
banyak dah, jadi Am memilih untuk buat jenis cinta versi islamic sahaja sebagai
permulaan.
Selepas hampir sebulan Am menaip ni, agak banyak rintangan yang Am
rasa, rasa nak berhenti pun ada. Tetapi kali ini Am harap Am takkan mengalah,
Am nak cuba lagi dan lagi dan lagi.
InsyaaAllah, harap dapat teruskan sehingga ke akhir.
Mungkin ada sesuatu yang Am boleh laburkan...
Mungkin ...
Nasihat saya, "NEVER STOP WRITING AND LEARNING UNTIL YOU DIE!" Untung Ami sbnrnye dikellingi dengan persekitaran yang sangat positif termasuklah ibunda Ami sendiri seorang yang tidak boleh kalau tidak menulis. Betul bukan?
ReplyDeleteYer Alhamdulillah... Walaupun ibu Ami tak pernah jenguk blog Ami pun lagi setakat ini hehehe... It's okey, Ami nak mula dengan diri Ami
DeleteErmmm saya tahu kenapa Ami marah! Hahahahaha
ReplyDeleteActually Ami marah tu masa Ami baca skrip AKJK. Jalan penceritaan yang sangat membuatkan jiwa dan hati Ami menidakkan sifat dan sikap wanita sebab Ami bukanlah wanita seperti di dalam cerita itu... huhu.. kalau nak tahu macam mana jalan ceritanya, kenalah tengok cerita AKJK iaitu Adakah Kau Jodoh Ku terbitan MYUFM. Ini trailer dia...
Deletehttps://youtu.be/n2IxsKfklaU?list=PLwLEKVh0t99Y851S4ExpnnjA-TqScTG3A
boleh check dekat MYUFM Studio punya Youtube Channel