Skip to main content

D : Kenapa?


Assalamualakum. Hye.

Setelah Am post beberapa kali ni, ada orang tanya, BM dapat berapa dulu? Kenapa dulu tak buat blog? Kenapa tiba-tiba start menulis?

Hemmm baiklah, mari kita ringkaskan...

Kalau cakap pasal bakat menulis, Am dah pernah menulis dulu, cerpen ke novel ke entahlah. Dah nak dekat 100 muka surat dah, lepas tu Am berhenti sebab dah tak ada idea, dah tak ada mood, dah tak ada masa dan banyak lagi alasan lain. (alasan banyak sangat, jangan tiru aksi ini)

Untuk minat menulis, Am terpengaruh dengan hobi mak Am, dia seorang penulis yang memang berbakat. Ulat buku, jenis suka baca novel-novel tebal yang kurang dialog di dalamnya. Kalau perhatikan cara penulisannya pun dah tahu yang mak Am ada banyak ilmu tentang Bahasa Melayu ni.

Kalau cakap pasal result, biasa-biasa saja. Lain bila kita spontan dan bila kita belajar cara untuk jawab kertas soalan. Apa-apa pun, belajar BM ni memang membantu dan sangat menyeronokkan. Terima kasih kepada Cikgu Che Kar, Cikgu Suhaimi, Cikgu Nik Mat dan lain-lain.

Kalau pasal blog, sesetengah orang dah tahu Am ada blog lama cuma blog tu Am tak nak sambung sebab dah tak ada idea juga, dah malas nak menaip, dah tak ada sokongan dan yang paling penting dan munasabah ialah sebab tak ingat PASSWORD. Sedih sebenarnya, tapi itulah lumrah manusia, NASIYA yakni LUPA.

Am mulakan balik dunia blogger ni atas sebab terpengaruh dengan MyUFm (kelab di U) yang pernah buat cerita 2 tahun lepas dan memfilemkannya. Cerita yang agak menarik, ada unsur-unsur penarikkan yang luar biasa sehinggakan Am rasa agak beremosi bila baca cerita itu. Lebih kepada emosi marah. (Boleh tanya Ally kalau nak tahu betapa marahnya Am)

Am mulakan dengan genre Cinta sebab memang itulah paling common orang suka dan paling laris kalau orang nak baca. Genre cinta monyet TV3 tu dah banyak dah, jadi Am memilih untuk buat jenis cinta versi islamic sahaja sebagai permulaan.

Selepas hampir sebulan Am menaip ni, agak banyak rintangan yang Am rasa, rasa nak berhenti pun ada. Tetapi kali ini Am harap Am takkan mengalah, Am nak cuba lagi dan lagi dan lagi.

InsyaaAllah, harap dapat teruskan sehingga ke akhir.

Mungkin ada sesuatu yang Am boleh laburkan...

Mungkin ...

Comments

  1. Nasihat saya, "NEVER STOP WRITING AND LEARNING UNTIL YOU DIE!" Untung Ami sbnrnye dikellingi dengan persekitaran yang sangat positif termasuklah ibunda Ami sendiri seorang yang tidak boleh kalau tidak menulis. Betul bukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Alhamdulillah... Walaupun ibu Ami tak pernah jenguk blog Ami pun lagi setakat ini hehehe... It's okey, Ami nak mula dengan diri Ami

      Delete
  2. Ermmm saya tahu kenapa Ami marah! Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually Ami marah tu masa Ami baca skrip AKJK. Jalan penceritaan yang sangat membuatkan jiwa dan hati Ami menidakkan sifat dan sikap wanita sebab Ami bukanlah wanita seperti di dalam cerita itu... huhu.. kalau nak tahu macam mana jalan ceritanya, kenalah tengok cerita AKJK iaitu Adakah Kau Jodoh Ku terbitan MYUFM. Ini trailer dia...

      https://youtu.be/n2IxsKfklaU?list=PLwLEKVh0t99Y851S4ExpnnjA-TqScTG3A

      boleh check dekat MYUFM Studio punya Youtube Channel

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...