Skip to main content

Sakit 3

Soooo...

Sekarang Ami dah ambil darah sekali dengan x-ray. CT Scan ni agak susah sikit so let's pray supaya x bayar banyak.

Now, Ami kat hospital menunggu nama dipanggil. Well, dah mengantuk sebab memang lama 😅. Tak dapat dinafikan memang kalau guna kerajaan memang lama. I wish tak tertidur dan cek tak mengamuk pleaseee.. 🥺

At first tak takut pun tengok bengkak A ni tapi hari ni rasa berdebar sikit sebab macam perasan yang bengkak ni dia suka bergerak. Nak tidur 🥲

Ngantuk doo... Ami sambung lepas appointment ni. 

.....

Okeyh.. so hari ni memang tak ada result langsung sebab tak buat CT Scan. Dr kata dia akan cuba untuk awalkan tarikh CT Scan sebab takut bengkak tu bertambah. 

Dannnnn... Makin banyak pula kena buat pemeriksaannya. Amik kahak kat Klinik Kedai Lalat, cucuk untuk tahu Tibi atau tidak dan CT Scan yang akan dibuat lepas call esok.

Comments

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...