Assalamualaikum. Hye.
Aku pernah buat status dulu, "Cek kata jangan jadi miskin, jadilah kaya tetapi sederhana."
Aku tahu ramai yang tertanya-tanya atau tidak bersetuju dengan status ni. Dulu aku faham secara teori jer tetapi sekarang aku ada bukti, so aku bolehlah cerita kat korang. Sebelum ni aku takut-takut nak cerita sebab takut korang tak faham, jadi aku cuba fahamkan korang yer.
2 minggu lepas, aku sedang menaip kat luar rumah di suatu pagi yang stress, idea tak masuk kalau menaip kat dalam rumah, macam otak tersepit, jadi aku duduk kat luar dan menaip. So, ada sebuah motor ni masuk dalam kawasan rumah aku, seorang pakcik dan seorang nenek (ibu kepada pakcik tu rasanya).
Dia berhenti depan aku and tanya mak ayah ada tak. Aku cakap lah ada. Aku dah boleh agak apa yang dia nak tapi aku keliru kejap sebab dia cakap macam ni.
"Boleh tak panggil mak, makcik datang nak ambil barang, mak kenal makcik."
So aku naik rumah and panggil mak aku, bila mak aku intai-intai kat luar dan kenal pasti siapa yang datang, aku pun tanyalah, "Dia nak ambil barang ke nak minta sedekah?"
Mak aku cakap dia datang nak minta sedekah, dia selalu juga datang ke sini. So aku pun fahamlah. Kitorang memang bagi jer kalau sesiapa pun yang datang, bagi sekadar yang termampu masa tu.
Mak aku pun keluar dan berborak dengan diorang.
Bila mak aku masuk rumah, mak aku pun cerita...
Mak aku bagi beras (memang selalu bagi beras) dan duit sikit and then nak tahu makcik tu cakap apa?
"Boleh bagi banyak sikit duit ni?"
"Cap apa yer beras ni?"
"Tak cukup ni."
Haaa... kalau cakap as pemberi, memang aku akan cakap yang makcik tu tak bersyukur. Sebagai seorang peminta, dia mesti terima apa yang termampu si pemberi berikan kepadanya bukannya minta lebih-lebih. Tetapi kalau atas dasar kemanusiaan yang faham situasi ekonomi dan keadaan sebelum hari raya korban menjelang, aku faham yang duit selalu habis untuk banyak perkara. Aku ada jer kawan-kawan yang hidup dengan masalah kekangan kewangan tapi meminta pun tak minta lebih.
Aku faham keterdesakan menyebabkan kita terpaksa tetapi ada sesetengah golongan yang sememangnya tak perlu merasai begitu jika dia melakukan persediaan.
Untuk ayat status tadi, kenapa aku kata jangan jadi miskin? Kerana menjadi miskin menyebabkan kita menjadi lemah dan tidak mampu dalam banyak perkara hatta untuk menderma pun kita berkira. Dan bila kita tiada apa-apa kita mungkin akan rendah diri, tetapi bila kaya tiba-tiba mungkin kita akan sombong pula kerana kita ada benda untuk dimegahkan.
Cuba untuk berpada-pada dalam semua perkara. Berjimat bukan tanda kedekut. Cermat juga perlu. Tak kaya tak pe asalkan hidup sekadar termampu bukan sampai ikut perut untuk capai benda tak penting. Bersederhana dalam semua perkara adalah perlu. Orang miskin yang hidup cermat pun boleh digelar hidup sederhana. Beli bila perlu, kurangkan beli ikut kehendak.
Aku nak beli telefon baru pun tunggu telefon retak ni betul-betul rosak rimas baru nak beli baru.. tu pun aku tunggu lagi setahun sebab tak nak guna duit parent sangat sebab nak guna duit sendiri... so bak kata Nabil... Lu pikirlah sendiri. Sekian
#pesanankhidmatmasyarakat
#takmarah
#tegurjer
Anak dia tu tak kerja ke Ami? Sedih apabila melihat keadaan sedemikian rupa masih lagi berlaku di Malaysia ni hemmmm
ReplyDeleteTak tahulah pula pasal anak dia tu.
Delete