Assalamualaikum. Hye.
Potpet potpet...
Baru-baru ni Am ditugaskan untuk mewakili MyUFm untuk bertugas pada Hari Pendaftaran Pelajar Baru. Bagai ditakdirkan, kebetulan rancangan Am sebelum ini dibatalkan dalam minggu itu, jadi terus Am bersetuju untuk mewakili MyUFm untuk bertugas pada hari tersebut.
Sebenarnya Am agak takut tetapi excited sangat. Tak tahulah Am ni... (perempuan kan) 😂
Mana taknya, banyak lagi benda-benda teknikal yang Am tak tahu tetapi main volunteer kan diri je. Nasib baik ada super senior, kalau tak, habislah Am.
Kitorang berlima kesemuanya. Pada hari pertama tiba di UiTM, kitorang bergaduh pasal baju, hahaha. Tak tahu nak pakai t-shirt ke atau pakai baju koprat.
Potpet potpet...
Last sekali kitorang decide perempuan pakai baju koprat dan laki pakai t-shirt. DONE!
Petang tu, kami pergi ke kaunter kami untuk tengok tempat tu dah setup ke belum. Seperti yang dijangka, memang tak setup lagi. Jadi kami decide untuk setup esok pagi memandangkan hari dah lewat petang.
Pukul 7 pagi Am dan Anis bertolak dari Duyung B ke Bangunan Karisma iaitu tempat pendaftaran kolej berlangsung. Seawal 7 pagi tu jugalah dah ada ibubapa yang sudah tiba di tempat pendaftaran. Am agak kagum sebenarnya, ada juga beberapa keluarga pelajar yang solat Subuh dekat PH (Pusat Hidayah) dan terus duduk di sekitar Karisma untuk pendaftaran. Awal kan?!
Tapi, masalah pula timbul, kaunter pertanyaan tak setup pun lagi hahaha... kami pun kalutlah pagi tu... Auni baru je tiba di UiTM, jadi kami bertiga terus ke konti untuk ambil barang apa yang patut.
Shah datang ke konti tepat masa kitorang dah nak siap ambil barang. Bila semua dah tiba di Bangunan Karisma, dah ramai dah pelajar yang beratur untuk ke kaunter pendaftaran. Kami pula masih lagi kalut-kalut setup tempat.
Masa tu, banner pun Am tak reti pasang... ish3. Sedih betul.
Bila semua barang teknikal dah dipasang, Auni lah heroin keadaan, terus sambar mic dan cakap apa-apa yang patut, sampai petang dia dengan micnya tidak berpisah. Am agak memuji skill Auni actually, kelancaran dan spontan dia memang tak boleh lawan. Sama macam on air, nampak macam dah profesional.
Am hanya tertumpu kepada ibubapa dan pelajar yang nak tanya soalan dan Anis pula buat ucapan selamat datang. H.I dan Shah pula jaga di bahagian teknikal.
Hari itulah hari bersejarah Am, Am dapat tengok sendiri kegembiraan ibubapa menghadapi saat-saat genting anak mereka yang baru sahaja masuk ke dalam alam universiti. Setiap ibubapa mengharapkan kejayaan buat anak-anak mereka dan begitulah Am nak gambarkan keadaan dekat kawasan pendaftaran kolej. Semua ibubapa yang datang ke kaunter pertanyaan semuanya mahukan kelancaran pendaftaran untuk anak mereka kerana selepas ini anak mereka pula yang terpaksa berdikari sendiri.
Macam-macam manusia yang Am jumpa, kawan Kelantan pun ada. Kami juga diserbu dengan aduan dan soalan daripada ibubapa dan pelajar. Dan macam biasalah, tak enak kalau tak ada garam kan. Terasalah masinnya.
Dan seperti biasa, jam semasa hari pendaftaran memang tidak dapat dielakkan lagi. Cuba bayangkan jam hari raya di Kelantan, haaa... macam tu lah dia. Memang kesian dekat pelajar dan ibubapa yang terpaksa menunggu lama di dalam kereta tetapi apakan daya, laluan ke kolej menjadi sesak hanya kerana 1 jambatan sahaja yang menghubung ke kawasan kolej tasik.
Kami juga dimaklumkan bahawa kemasukan pelajar bagi sesi kali ini meningkat dari kemasukan tahun lepas, jadi tidak hairanlah jika berlaku sedikit kesesakan menuju ke kolej.
Macam-macam manusia yang Am jumpa, kawan Kelantan pun ada. Kami juga diserbu dengan aduan dan soalan daripada ibubapa dan pelajar. Dan macam biasalah, tak enak kalau tak ada garam kan. Terasalah masinnya.
Dan seperti biasa, jam semasa hari pendaftaran memang tidak dapat dielakkan lagi. Cuba bayangkan jam hari raya di Kelantan, haaa... macam tu lah dia. Memang kesian dekat pelajar dan ibubapa yang terpaksa menunggu lama di dalam kereta tetapi apakan daya, laluan ke kolej menjadi sesak hanya kerana 1 jambatan sahaja yang menghubung ke kawasan kolej tasik.
Kami juga dimaklumkan bahawa kemasukan pelajar bagi sesi kali ini meningkat dari kemasukan tahun lepas, jadi tidak hairanlah jika berlaku sedikit kesesakan menuju ke kolej.
Tepat jam 4 kami dah kemas-kemas tempat kerana dah ramai pelajar yang dah daftar kolej, jadi semuanya menuju ke kolej masing-masing. Sedang asyik mengemas barang, ada abang bagi air mangga free kat semua volunteer MyUFm. Haa... apa lagi, kami terima jelah dengan hati terbuka. Takkan nak tolak kan, takut kecil hati pula. Hahaha...
Semua barang diangkat ke konti semula dan bila kerja dah selesai kami terus balik ke bilik. Malamnya Am pening kepala, mungkin sebab dah lama tak keluar ke tempat yang sesak macam hari pendaftaran. Tapi Alhamdulillah esok paginya dah baik, Am terus balik Kelantan dengan kenangan 3 hari ni.
Konklusinya, pengalaman ini memang nampak terlalu ringkas dan singkat tetapi Am hargainya sebab Am tak pernah berkomunikasi dengan orang awam secara terus macam ini. Kiranya ini adalah pengalaman yang berharga dan ia dapat membimbing Am di masa hadapan.
Untuk pelajar baru, goodluck MDS.
(Post ini telah ditulis sehari selepas kejadian dan baru di’post’ pada hari ini)
Untuk pengetahuan Ami, mase first hari kejadian pendaftaran pelajar tu memang saya ada terpandang banner MYUFM. Tetapi ketika itu, saya ingatkan pihak uitm menjemput radio daripada pihak luar uitm malangnya saya tak pernah dengar siaran radio tu Haha... At last aku yng terjebak nyo ni haaaaa masuk kelab ni haaa ...
ReplyDeleteAmi pun sama, tengok-tengok dah 4 sem join MYUFM. Cepatnya masa berlalu
Delete