It’s a NEW
YEAR.
Assalamualaikum,
hye.
Alhamdulillah,
dah setahun berlalu, banyak rintangan dan dugaan yang dihadapi tetapi diakhiri
dengan tenang. Ami kalah sekejap, asal akhir tahun je banyak lah sale Shopee
Lazada apa semua tu kan haa, Ami pun terjebak sama. Ami beli product Mary Kay,
kawan Ami yang jual. Hanya promote di WhatsApp dan Ami tergugat. Yelah, siapa
tak nak cantik kan.
Okeyh,
biasanya tahun baru ni kita ada azam baru, right. Ami punya azam tak sempat
buat lagi sebab tahun baru Ami pun disusuli dengan final exam, so nanti Ami
share. (Kalau nak share)
Apa yang
Ami nak pointkan kat sini ialah cara korang nak capai azam tu macam mana.
Adakah korang akan tulis di social media? Adakah korang akan sebarkan azam
korang dekat family dan kawan-kawan supaya nanti bila korang lupa diorang akan
ingatkan? Adakah korang akan tulis dalam buku dan rujuk balik setiap kali lupa.
Haaaa.. ini
nak cerita ni.
Masa Ami
Form 6 (sekejap sahaja), Ami tulis azam Ami dalam 2 helai kertas A4. Ami tulis
guna marker besar2. 1 A4 muatlah dalam 10 perkara. Lepas tulis, Ami tampal
dekat meja study Ami dan Ami akan tengok hari-hari.
Disebabkan
Ami tahu yang Ami tak lama dekat sekolah untuk Tingkatan 6 tu sebab Ami akan
masuk university, so azam Ami hanya dibuat untuk tempoh masa kat sekolah tu
sahaja. Antara azam yang Ami ingat ialah jadi MC majlis sebanyak 3 kali. And
guess what, Ami dapat jadi MC majlis sebanyak 4 kali sebelum Ami keluar
sekolah. Haaa…
Dia macam
membuatkan Ami desperate tau nak lunaskan Ami punya azam tu sebab hanya 5 bulan
Ami dekat sekolah, takutlah tak sempat nak habiskan semuanya sekali, so Ami tak
tangguh banyak, setiap kali ada peluang, Ami akan ambil peluang tu.
Dah tu
kenapa sampai 4 kali jadi MC?
Sebab yang
last tu ada orang suruh Ami jadi MC sebab diorang tengok Ami dah biasa jadi MC
majlis. Tu kira bonus lah. Dan bonus tulah yang membuatkan Ami rasa bangga sikit
dengan pencapaian Ami. Alhamdulillah.
Ami ada 16
azam ke semuanya masa tu. Ada yang tercapai ada yang tak, contohnya Ami nak
khatam Quran tapi hahaha tak tercapai la pulak, sempat 3 per 4 je. Mungkin
lemah bahagian cara Ami bahagikan masa untuk membacanya.
Dalam 16
azam tu, 12 azam Ami tercapai dan 4 lagi tak tercapai.
Tengok... Bila
kita dah capai azam kita, ini bermakna kita dah beberapa langkah maju ke
hadapan. Apa salahnya kalau kita buat azam dan lunaskan azam tersebut. Tapi kalau nak capai azam-azam tu pun mesti disusuli dengan keinginan dan kesungguhan yang kuat. Kalau tak,
memang tak akan tercapai azam kita.
Cara Ami
yang tampal azam dekat meja study tu memang menambahkan semangat Ami untuk
melunaskannya. Setiap hari hadap, ada juga adik-adik yang gelakkan tapi
takpe, tak kesah pon. Setiap kali ada azam yang dah berjaya Ami akan potong azam
tu and berusaha untuk capai yang lain pula. Bila rasa letih, tengok balik azam tu, rasa kuat semula. "I CAN DO IT!!!"
Bila masuk
U pon Ami still buat azam, masa sem 1 Ami tampal azam Ami dalam loker, tanyalah
Khairoh ngan Cuna kalau tak percaya.
So, apa
tunggu lagi. Jom cuba!
Alhamdulillah... Tq for sharing��
ReplyDeleteYou Are Welcome
Delete