Pernah tak buat bisnes dekat universiti?
Assalamualaikum. Hye.
Dah cuti semesta ni tak ada buat apa-apa lah
pula. Mesti korang pun still tertunggu-tunggu bila lah nak keluar dengan
kawan-kawan ni. Janji dah lama, buat je idok kan?
Apa-apa pun selamat bercuti semua. Semoga cuti
anda dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Hari ni Ami nak cerita pasal kisah Ami Dan Printernya. KAH! Clise sangat
you all. Bukan apa, Ami ni kadang-kadang nak mengadu tapi tak tahu nak mengadu
kat sapa. Orang pandang serong benda ni tapi sebenarnya ia jadi masalah juga
kepada Ami. Sesiapa yang pernah jadi pelajar yang buka service printing ni
mungkin pernah alami apa yang Ami alami.
Sebelum Ami cerita, kita bermuqaddimah lah dulu
ye. Ami start printing ni atas nasihat daripada roommates Sem 1 iaitu Cuna dan
Khairoh. Masa tu, kedai printer sangat jauh dari kolej kami, kitorang kena
menyeberang laut kalau nak ke sana (acah oversea). Jadi sejak dari interim
lagi ramai sangat yang memerlukan servis printing ni. Ami pun bukalah.
Alhamdulillah, untung memang banyak tak terkira lah masa tu sebab beberapa
orang pelajar je yang bawa printer ke U. Ditakdirkan, service Ami lah yang
paling murah sekali masa tu. Tak kira masa, ada je customer datang. Kadang-kadang
sampai beratur dalam bilik nak print.
TAPI!
Tapi... sesetengah customer kadang-kadang ada perangai yang elok ada yang tak. It's okey, biasalah kalau dah buat bisnes. Antara perangai customer printing ialah...
1. TAK
PM DULU
Ami dah tampal dah information kat
luar pintu. Sebelum datang, call / pm whatsapp Ami tapi tu lah. Kadang-kadang
kita kena faham, customer pun ada masalah, mungkin lecturer dia kejar dia sampai ke
bilik sebab tak print kertas-kertas dia tu. Ataupun mungkin custemor tak pandai
baca. Mungkin lah kan, kita tak tahu. Husnudzon.
2. DATANG
LEWAT MALAM
Yang ini memang menyakitkan hati.
Ami rasa dah tulis kut kat depan pintu yang service hanya dibuka sehingga pukul
10 malam tapi pukul 12 pun still ada lagi customer. Masa sem 1 banyak kali juga
Ami tidur pukul 1 sebab customer ramai. Mungkin lepas ni dah boleh naikkan
harga kot. Huhu...
3. RIUH
Actually Ami tak marah pun yang ni.
Ami lagi suka kalau dia jenis suka berborak dengan kita, boleh bawa bergurau,
boleh jadi kawan. YES, Ami memang ramai kawan, and mostly disebabkan Ami buka
service printing ni. And disebabkan Ami jenis banyak cakap, Ami tahu banyak
information tentang kelab dan course lain. Kadang-kadang yang datang tu print
benda sama je. Sama ada kertas-kertas subject dorang, borang-borang PTPTN, past
year paper, proposal event, report event dan macam-macam lagi. Kalau nak final
exam, of course lah slip exam yang paling common orang nak kita print, past
year paper biasanya dah ramai yang ada.
4. MINTA
KURANG
Dia ada 2 jenis tau, sama ada dia
memang tak ada duit atau dia ni memang kedekut. Dia tak tahu ke harga printing
ni memang mahal masa tu, aku je yang paling murah tu pon sebersalah dah
aku nak murahkan lagi kalau tak ada musyaqqah lain, tu pon ada juga yang aku bagi free kadang-kadang. Aduhai… takpelah,
kadang-kadang kita kena mengalah dengan customer, customer kan always right.
5. LAST
MINUTE
Yang ini agak menyakitkan hati tapi
takpe, Ami jenis okey jer pada bila-bila masa, tapi mungkin owner printer lain
tak kut. Actually Ami agak tak suka bila Ami tengah sibuk, ada juga orang datang
nak print, padahal dah cakap dah sibuk time tu. Dah tahu slip exam kena print,
print lah awal-awal tapi ni tak, esok exam baru hari ni kalut nak print, Ami pun nak study. Owner printing pon bukan bijak sangat walaupun selalu print nota-nota orang.
Tapi actually atas customer, kadang-kadang Ami okey aje. Kadang-kadang tidak.
6. EDIT
ON THE SPOT
Ami okey dengan customer yang jenis nak
betulkan apa yang salah dalam document yang dia bagi tu, biasalah ada berganjak
sedikit bila dah bertukar lappy ni, tapi kalau datang memang macam nak betulkan
semua, Ami rasa lebih baik buat dalam lappy sendiri dulu kot baru datang balik untuk
print. Benda ni banyak kali berlaku di kedai servis printing. Ami pun pernah buat
sekali dulu, masa buat kerja kursus akaun. Ami paham tapi kalau nampak ramai
lagi customer yang sedang menunggu giliran untuk guna servis printing ni, Ami
rasa better kalau edit dekat lappy sendiri dulu kot. Kesian yang lain
menunggu lama.
Ami rasa ini sahaja kut buat masa sekarang.
Banyak lagi pengalaman as owner printing yang Ami tak cerita tapi biarlah ia
menjadi rahsia antara Ami dan customer Ami.
Ramai juga cakap Ami ni terlalu baik dengan customer, actually tak, dia atas common sense dan mood masa tu, Ami buat servis printing bukan sebab nak berbisnes pun tapi sebab nak mudahkan urusan. Sebab tu lah masa sem 2 dan sem 3 Ami dah tak aktif printing macam sem 1 sebab serius penat. Semua pengalaman di atas ni pun adalah pengalaman semasa sem 1.
Untuk pelajar lain, kalau nak tambah duit belanja sendiri, tak nak susahkan mak ayah, servis printing ni amatlah sesuai untuk dibuat bisnes sebab ia sejenis bisnes yang sangat diperlukan pada setiap masa. Tapi ingat, kena ikhlas.
Comments
Post a Comment