Skip to main content

D : MPI


Sekolah agama, sekolah yang sangat clise di Kelantan. Mana tidaknya, setiap kawasan di Kelantan pasti terdapat sekolah agama yang beroperasi sama ada milik kerajaan atau swasta.

Sekolah agama sama sahaja dengan sekolah biasa, ada guru, staf pejabat, tukang kebun dan pelajar. Pelajar pula ada jenis-jenisnya, contohnya seperti pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan pelajar biasa.

Seperti biasa, pelajar akan ke sekolah setelah fajar menyerikan pagi. Pengawas akan mengawasi kawasan sekolah pada waktu sebegini. Pengawas sekolah agama di Kelantan kebiasaannya memakai baju berwarna hijau, dan ia biasanya akan digelar sebagai ‘lalat hijau’ kerana selalu mengganggu ketenteraman pelajar. Hahaha...

Itulah mehnah yang perlu diterima oleh setiap pengawas iaitu mendapat kecaman daripada pelajar-pelajar biasa. Tanggungjawab yang dipikul bukanlah sesuatu yang diambil secara percuma dan dibuang secara sambil lewa. Ia ialah sebuah amanah yang wajib dipikul jika terpilih dan ia akan terlucut apabila berlaku pembuangan atau perletakan jawatan dan juga selepas tamat SPM atau STAM.

Aku adalah salah seorang pengawas di sebuah sekolah agama di bandar Kota Bharu. Pelajar biasa menggelar aku sebagai pengawas perempuan paling garang di dalam sekolah itu, mungkin kerana aku terbiasa menjerit kepada mereka ketika memberi arahan. Sejujurnya, itu bukanlah kehendakku, aku hanya membuatnya ketika perlu sahaja.

Tetapi kerana aku yang paling kerap melakukannya, jadi aku terpaksa menerima gelaran itu dengan hati yang terbuka.

Aku sangat sayang akan sekolah itu. Ia mungkin sebuah sekolah biasa bagi seorang pelajar biasa ataupun orang luar yang tiada kena mengena dengan sekolah, tetapi bagi aku sekolah ini sangat ISTIMEWA. Guru, staf dan pelajar bagaikan sebuah keluarga besar yang beratapkan rumah agam besar di tengah bandar. Hari Keluarga bagaikan disambut pada setiap hari, suasana sekolah seperti tiada beza dengan suasana di rumah. Huru-hara, ceria dan kadang-kadang membosankan.

Hubungan guru dan murid bagaikan ibu bapa dan anak.

Hubungan pelajar dengan rakan-rakan mereka seperti adik-beradik.

Hubungan staf biasa dan pelajar pula seperti kawan.

Kami menganggap waktu belajar seperti waktu untuk berhibur kerana telatah pelajar dan guru sama seperti ibu bapa yang sedang bercerita kepada anak-anaknya.

Sesi pembelajaran tidak pernah lekang dengan lawak-lawak selamba oleh guru-guru kami. Cerita tentang kisah hidup dan pengalaman membuatkan kami mengenal erti kehidupan dengan lebih mendalam. Sukatan pelajaran bukan lagi sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh pelajar tetapi lawak jenaka dan cerita ringkas yang menjadi penantian dan perhatian kami.

Dalam pada itu, bukanlah setiap hari kami mampu bergembira. Bila tiba saat seseorang perlu pergi, maka hari itu bagaikan dihiasi awan hitam memurungkan jiwa dan membawa kesayuan di dalam hati pelajar-pelajar dan guru-guru.

Hari yang paling tidak digemari oleh ku ialah Hari ‘Jasamu Dikenang’. Hari ini menjadi lakaran sejarah yang tidak mampu dipadam tetapi tidak mampu juga untuk dinafikan. Hari ini adalah hari perpisahan guru, ia terjadi sama ada guru itu sudah tamat tempoh pengajaran atau ditukarkan ke sekolah lain.

Sudah ramai guru-guru ku yang sudah ditukar. Kebanyakannya juga ialah guru-guru yang telah mengajarku, aku teramat menyayangi mereka. Tidak mampu diungkap nama mereka satu per satu kerana takut hati ini tidak mampu untuk menanggung kerinduan.

Aku telah berada di dalam kepimpinan sekolah selama 3 tahun, ada juga sahabat-sahabat ku yang lain menjadi pemimpin selama 4 tahun. Kami selalu mendengar perjuangan dan penat lelah guru-guru dalam menaikkan nama sekolah dan membantu sekolah.

Dalam diam, air mata ku juga pernah jatuh dek melihat betapa guru-guru ku mempunyai hati yang kental dan sifat pengorbanan yang terlalu tinggi demi sekolah kami.

Selain hari perpisahan guru, perpisahan dengan anak murid pula menjadi satu rutin pada setiap tahun. Sama ada tamat SPM atau STAM, ianya sama sahaja, pasti air mata ini menjadi saksi penderitaan dek perpisahan yang entah berhubung lagi atau tidak selepas ini.

Mental dan fizikal diuji sepanjang berada di sekolah ini. Aku mampu menjadi saksi bahawa sekolah ini telah melalui pelbagai cabaran, ujian, suka dan duka sepanjang ia beroperasi.

Sambil menulis ini pun membuatkan aku tersenyum dan bermasam muka, banyak kenangan yang bermain-main difikiran ku.

Kini aku sudah pun keluar dari sekolah ini.

Kini Maahad Pengajian Islam berwajah baru, dulu bangunannya berwarna hijau kini sudah bertukar coklat.

InsyaaAllah jika diizin dan ditakdirkan, aku akan selalu datang ke sekolah setiap kali balik dari universiti. Lagipun aku sudah berjanji dengan Ustazah Saadah mengenai perkara ini. Hehehe...

InsyaaAllah, moga dipermudahkan.

Suatu masa nanti aku akan bercerita lagi...

Wallahu’alam

Salam Sayang 3000 kali

Assalamualaikum...

#B

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...