Sekolah agama, sekolah yang
sangat clise di Kelantan. Mana tidaknya, setiap kawasan di Kelantan pasti
terdapat sekolah agama yang beroperasi sama ada milik kerajaan atau swasta.
Sekolah agama sama sahaja dengan
sekolah biasa, ada guru, staf pejabat, tukang kebun dan pelajar. Pelajar pula
ada jenis-jenisnya, contohnya seperti pengawas sekolah, pengawas perpustakaan,
pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan pelajar biasa.
Seperti biasa, pelajar akan ke
sekolah setelah fajar menyerikan pagi. Pengawas akan mengawasi kawasan sekolah
pada waktu sebegini. Pengawas sekolah agama di Kelantan kebiasaannya memakai
baju berwarna hijau, dan ia biasanya akan digelar sebagai ‘lalat hijau’ kerana
selalu mengganggu ketenteraman pelajar. Hahaha...
Itulah mehnah yang perlu diterima
oleh setiap pengawas iaitu mendapat kecaman daripada pelajar-pelajar biasa.
Tanggungjawab yang dipikul bukanlah sesuatu yang diambil secara percuma dan
dibuang secara sambil lewa. Ia ialah sebuah amanah yang wajib dipikul jika terpilih
dan ia akan terlucut apabila berlaku pembuangan atau perletakan jawatan dan
juga selepas tamat SPM atau STAM.
Aku adalah salah seorang pengawas
di sebuah sekolah agama di bandar Kota Bharu. Pelajar biasa menggelar aku
sebagai pengawas perempuan paling garang di dalam sekolah itu, mungkin kerana
aku terbiasa menjerit kepada mereka ketika memberi arahan. Sejujurnya, itu
bukanlah kehendakku, aku hanya membuatnya ketika perlu sahaja.
Tetapi kerana aku yang paling
kerap melakukannya, jadi aku terpaksa menerima gelaran itu dengan hati yang
terbuka.
Aku sangat sayang akan sekolah itu.
Ia mungkin sebuah sekolah biasa bagi seorang pelajar biasa ataupun orang luar
yang tiada kena mengena dengan sekolah, tetapi bagi aku sekolah ini sangat
ISTIMEWA. Guru, staf dan pelajar bagaikan sebuah keluarga besar yang beratapkan
rumah agam besar di tengah bandar. Hari Keluarga bagaikan disambut pada setiap
hari, suasana sekolah seperti tiada beza dengan suasana di rumah. Huru-hara,
ceria dan kadang-kadang membosankan.
Hubungan guru dan murid bagaikan
ibu bapa dan anak.
Hubungan pelajar dengan
rakan-rakan mereka seperti adik-beradik.
Hubungan staf biasa dan pelajar
pula seperti kawan.
Kami menganggap waktu belajar
seperti waktu untuk berhibur kerana telatah pelajar dan guru sama seperti ibu
bapa yang sedang bercerita kepada anak-anaknya.
Sesi pembelajaran tidak pernah
lekang dengan lawak-lawak selamba oleh guru-guru kami. Cerita tentang kisah
hidup dan pengalaman membuatkan kami mengenal erti kehidupan dengan lebih
mendalam. Sukatan pelajaran bukan lagi sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh
pelajar tetapi lawak jenaka dan cerita ringkas yang menjadi penantian dan
perhatian kami.
Dalam pada itu, bukanlah setiap
hari kami mampu bergembira. Bila tiba saat seseorang perlu pergi, maka hari itu
bagaikan dihiasi awan hitam memurungkan jiwa dan membawa kesayuan di dalam hati
pelajar-pelajar dan guru-guru.
Hari yang paling tidak digemari
oleh ku ialah Hari ‘Jasamu Dikenang’. Hari ini menjadi lakaran sejarah yang
tidak mampu dipadam tetapi tidak mampu juga untuk dinafikan. Hari ini adalah
hari perpisahan guru, ia terjadi sama ada guru itu sudah tamat tempoh
pengajaran atau ditukarkan ke sekolah lain.
Sudah ramai guru-guru ku yang
sudah ditukar. Kebanyakannya juga ialah guru-guru yang telah mengajarku, aku
teramat menyayangi mereka. Tidak mampu diungkap nama mereka satu per satu kerana
takut hati ini tidak mampu untuk menanggung kerinduan.
Aku telah berada di dalam
kepimpinan sekolah selama 3 tahun, ada juga sahabat-sahabat ku yang lain menjadi
pemimpin selama 4 tahun. Kami selalu mendengar perjuangan dan penat lelah
guru-guru dalam menaikkan nama sekolah dan membantu sekolah.
Dalam diam, air mata ku juga
pernah jatuh dek melihat betapa guru-guru ku mempunyai hati yang kental dan
sifat pengorbanan yang terlalu tinggi demi sekolah kami.
Selain hari perpisahan guru,
perpisahan dengan anak murid pula menjadi satu rutin pada setiap tahun. Sama
ada tamat SPM atau STAM, ianya sama sahaja, pasti air mata ini menjadi saksi
penderitaan dek perpisahan yang entah berhubung lagi atau tidak selepas ini.
Mental dan fizikal diuji
sepanjang berada di sekolah ini. Aku mampu menjadi saksi bahawa sekolah ini
telah melalui pelbagai cabaran, ujian, suka dan duka sepanjang ia beroperasi.
Sambil menulis ini pun membuatkan
aku tersenyum dan bermasam muka, banyak kenangan yang bermain-main difikiran
ku.
Kini aku sudah pun keluar dari
sekolah ini.
Kini Maahad Pengajian Islam
berwajah baru, dulu bangunannya berwarna hijau kini sudah bertukar coklat.
InsyaaAllah jika diizin dan
ditakdirkan, aku akan selalu datang ke sekolah setiap kali balik dari
universiti. Lagipun aku sudah berjanji dengan Ustazah Saadah mengenai perkara
ini. Hehehe...
InsyaaAllah, moga dipermudahkan.
Suatu masa nanti aku akan
bercerita lagi...
Wallahu’alam
Salam Sayang 3000 kali
Assalamualaikum...
#B
Your language is so good la!!!!😆😆😆😍😍
ReplyDeleteThank you very much.. <3
Delete