Assalamualaikum,
hye.
Salam sayang
kepada semua warga net. Tidak pasti siapakah yang begitu gemar membaca blog
saya ini, tetapi walau siapapun anda, saya mengucapkan ribuan terima kasih
kerana sanggup menjengah blog ini walaupun kesempitan waktu dengan hal-hal yang
lain.
Tanpa
membuang masa, mari kita lihat apakah yang saya bakal ceritakan kepada anda
hari ini.
Saya sudah
lama mengetahui bahawa ibunda saya mempunyai blognya sendiri tetapi malangnya,
sayang seribu kali sayang, anak sulungnya ini jarang membaca blognya, hehehe.
Saya teramat
mengagumi bidang penulisan beliau yang diambil sebagai hobi dan kadang-kadang
sebagai kerjayanya. Sangat bersastera, jalan penceritaan yang tersusun dan mudah
difahami.
Apa yang
terdapat di dalam blog dia ialah pemahamannya, kisah hidupnya, dan perkongsian
ringkas. Blog seperti ini teramatlah jarang saya temui, mungkin juga kerana
kekurangan masa untuk menyelongkar Mr. Google. Kebiasaannya blog digunakan untuk
bercerita tentang cerita rekaan mereka (seperti saya), dairy hidup mereka dan
sebagainya, tetapi ibunda saya menggunakan blog sebagai tempat untuk berkongsi pandangannya.
Pernah suatu
ketika dahulu, ibunda saya disuruh menulis satu artikal untuk dihantar ke surat
khabar. Beberapa kali artikalnya menjadi tarikan kepada pembaca surat khabar
itu. Anaknya pula masih belum ada peminatnya sendiri, huhu, mungkin masih belum
lagi, hehehe.
Saya pula
mengambil peluang ini sebagai satu jalan untuk saya memuaskan hati dengan
bercerita. Pelbagai imaginasi telah bermain di dalam minda saya. Sebagai
seorang yang agak senyap atau lebih tepat kuat termenung pada sesetengah
situasi, imaginasi saya menjadi dunia saya.
Oleh itu, bagi
saya, imaginasi bukanlah sesuatu yang boleh dibazirkan. Ia perlu diperkembangkan
lagi untuk dikongsi bersama orang lain, bukan dinikmati seorang diri.
Penulisan
saya masih lemah, idea juga bukan selalu ada, masa juga sangat terhad kerana
padat dengan hal-hal lain. Mungkin pada masa-masa tertentu sahaja saya dapat menulis
tetapi walaupun jauh saya berjalan, saya tetap akan kembali dengan meletakkan
tangan di laptop dan menulis. Itulah tukang imaginasi buat apabila dia
kebosanan, iaitu kembali kepada hobinya.
Anda pula
bagaimana? Adakah anda menggunakan hobi atau imaginasi anda dengan baik?
Jika
melukis, maka lukislah. Jika memasak, maka masaklah. Jangan pernah berhenti
dengan apa yang kita minat. Mungkin perkara-perkara remeh ini tidak membuahkan
sebarang hasil pada zahirnya tetapi cukuplah memuaskan hati kita.
Selamat
berimaginasI.
Selamat
bermain.
Wallahu’alam.
Blog ibunda : serisuri.wordpress.com
Suka lah baca ami.. One day i hope you can be a bookwriter or anything else beekaitang dgn bidang penulisan. X mampu nerdakwah secara terbuka, berdakwah mellaui penulisan pun dh cukup hebat. Tahniah !!
ReplyDeleteAlahai typo..
Delete*berkaitan
InsyaaAllah... Ami pun harap dengan tulisan lah yang Ami akan guna untuk menimbulkan kesedaran orang ramai serta untuk berdakwah. Thank you sebab baca
Delete