Skip to main content

D : Hobi @ Imaginasi


Assalamualaikum, hye.

Salam sayang kepada semua warga net. Tidak pasti siapakah yang begitu gemar membaca blog saya ini, tetapi walau siapapun anda, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sanggup menjengah blog ini walaupun kesempitan waktu dengan hal-hal yang lain.

Tanpa membuang masa, mari kita lihat apakah yang saya bakal ceritakan kepada anda hari ini.
Saya sudah lama mengetahui bahawa ibunda saya mempunyai blognya sendiri tetapi malangnya, sayang seribu kali sayang, anak sulungnya ini jarang membaca blognya, hehehe.

Saya teramat mengagumi bidang penulisan beliau yang diambil sebagai hobi dan kadang-kadang sebagai kerjayanya. Sangat bersastera, jalan penceritaan yang tersusun dan mudah difahami.

Apa yang terdapat di dalam blog dia ialah pemahamannya, kisah hidupnya, dan perkongsian ringkas. Blog seperti ini teramatlah jarang saya temui, mungkin juga kerana kekurangan masa untuk menyelongkar Mr. Google. Kebiasaannya blog digunakan untuk bercerita tentang cerita rekaan mereka (seperti saya), dairy hidup mereka dan sebagainya, tetapi ibunda saya menggunakan blog sebagai tempat untuk berkongsi pandangannya.

Pernah suatu ketika dahulu, ibunda saya disuruh menulis satu artikal untuk dihantar ke surat khabar. Beberapa kali artikalnya menjadi tarikan kepada pembaca surat khabar itu. Anaknya pula masih belum ada peminatnya sendiri, huhu, mungkin masih belum lagi, hehehe.

Saya pula mengambil peluang ini sebagai satu jalan untuk saya memuaskan hati dengan bercerita. Pelbagai imaginasi telah bermain di dalam minda saya. Sebagai seorang yang agak senyap atau lebih tepat kuat termenung pada sesetengah situasi, imaginasi saya menjadi dunia saya.

Oleh itu, bagi saya, imaginasi bukanlah sesuatu yang boleh dibazirkan. Ia perlu diperkembangkan lagi untuk dikongsi bersama orang lain, bukan dinikmati seorang diri.

Penulisan saya masih lemah, idea juga bukan selalu ada, masa juga sangat terhad kerana padat dengan hal-hal lain. Mungkin pada masa-masa tertentu sahaja saya dapat menulis tetapi walaupun jauh saya berjalan, saya tetap akan kembali dengan meletakkan tangan di laptop dan menulis. Itulah tukang imaginasi buat apabila dia kebosanan, iaitu kembali kepada hobinya.

Anda pula bagaimana? Adakah anda menggunakan hobi atau imaginasi anda dengan baik?

Jika melukis, maka lukislah. Jika memasak, maka masaklah. Jangan pernah berhenti dengan apa yang kita minat. Mungkin perkara-perkara remeh ini tidak membuahkan sebarang hasil pada zahirnya tetapi cukuplah memuaskan hati kita.

Selamat berimaginasI.

Selamat bermain.

Wallahu’alam.


Blog ibunda : serisuri.wordpress.com

Comments

  1. Suka lah baca ami.. One day i hope you can be a bookwriter or anything else beekaitang dgn bidang penulisan. X mampu nerdakwah secara terbuka, berdakwah mellaui penulisan pun dh cukup hebat. Tahniah !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaaAllah... Ami pun harap dengan tulisan lah yang Ami akan guna untuk menimbulkan kesedaran orang ramai serta untuk berdakwah. Thank you sebab baca

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...