Skip to main content

D : Masuk U


Assalamualaikum. Hye.

InsyaaAllah beberapa hari lagi akan diadakan hari pendaftaran bagi mahasiswa baru di UiTM Dungun. Bila tengok reaksi junior-junior yang baru nak masuk ni, teringat kali pertama melangkah ke dalam alam universiti. Excited sangat, yang peliknya , semua kekawan Am menangis masa first day datang U tapi Am tak. Mungkin sebab dah terbiasa berjauhan dengan keluarga.

Hari ini nak cerita pasal first time masuk U. Mungkin perasaan kali pertama masuk U tu dah hilang sedikit demi sedikit, jadi baik kita jangan buang banyak masa.

Am dapat program Diploma Analisis Pelaburan. Masa bagitahu parent pasal benda ni, actually parent memang agak terkejutlah, bukan sebab program ni susah tapi sebab namanya yang agak unik. Nampak macam hebat,  macam ‘wah, hebatnya anak aku’.. haa... macam tu ... hahaha.

Untuk urusan kemasukan, Am dapat uruskan semua hampir sendirian berhad bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Untuk yang baru first time merasai masuk U tu, goodluck lah dengan belanjawan korang yer... Harap korang pandai manage duit. Banyak sikit guna duit untuk masuk U ni, kalau kerja lepas SPM lagi bagus.

Kami sekeluarga bertolak ke Dungun sehari sebelum hari pendaftaran, ini memang agak normal kerana nak elak jam. Kami sewa bilik semalaman and then pergi ke UiTM esok paginya.

Tapi... kami lupa yang bukan kami jer yang nak pergi UiTM Dungun esok, huhuhu. Tepat jam 8 pagi kami dah sampai kat persimpangan nak ke UiTM. Dekat persimpangan tu dah start jam, jam yang sangat luar biasa. Jam yang macam hari raya kat Kelantan. Jam teruk punya...

Sejam nak masuk pagar ke pagar Post A UiTM, sejam nak ke tempat pendaftaran dan sejam mengangkut barang ke dalam bilik. Pengalaman pertama yang agak tragis. Goodluck adik-adik sekalian.

Korang jangan ingat masa hari pendaftaran ni daftar je kerjanya, macam-macam boleh terjadi masa tu. Antaranya, JEJAK KASIH... Am jumpa ramai kawan-kawan dari Kelantan tapi malangnya ada juga yang tak cam Am, Am je cam diorang. Selain dari tu, drama family, masa tulah nak nangis, masa tulah nak marah. Am tersengih je, rasa macam first time keluar dari tempurung.

Am ada 4 orang sahabat dari sekolah menengah yang sama yang masuk ke dalam UiTM Dungun. Tapi kami tak jumpa masa hari pendaftaran, kami jumpa dalam minggu interim (Minggu Destini Siswa).

Selepas daftar bilik, Am ingat Am lah orang pertama yang sampai bilik, rupa-rupanya orang last yang sampai bilik... So, macam biasalah, kena duduk kat katil atas. Am tak jumpa roommate masa masuk bilik, tapi Am jumpa diorang lepas Zohor sorang, dan lepas Asar sorang.

Hari pendaftaran yang memenatkan, mana tak penat, angkat barang dari tempat parking Sarjana sampai ke Kolej Redang. Tapi takpe, tasik kolej memang memukau pandangan. Budak-budak baru UiTM Dungun memang akan cuba untuk tangkap gambar tasik tu sebab sekali pandangan macam kat New Zealand (main petik jer ni).

Hari pertama untuk daftar aje, hari kedua barulah kitorang kena pergi ke Dewan Aspirasi untuk taklimat, MDS dan sebagainya.

Nanti sambung lagi...

Tu pun kalau nak sambung...

Comments

  1. Herrm Sy... Ahahahhaha duduk Dungun! Sekolah kat Dungun! Masuk U pun kat Dungun!! Tpi tulh cuma penat bila nak layan orang yang selalu ejek saya..sebab saya duk dekat.. Heemmm sedih kan hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okey... Duduk di rumah dan duduk di universiti suasananya berlainan. Still kita kena suaikan diri. Goodluck to you...

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...