Assalamualaikum. Hye.
InsyaaAllah beberapa hari lagi akan diadakan hari pendaftaran bagi
mahasiswa baru di UiTM Dungun. Bila tengok reaksi junior-junior yang baru nak
masuk ni, teringat kali pertama melangkah ke dalam alam universiti. Excited
sangat, yang peliknya , semua kekawan Am menangis masa first day datang U tapi
Am tak. Mungkin sebab dah terbiasa berjauhan dengan keluarga.
Hari ini nak cerita pasal first time masuk U. Mungkin perasaan kali
pertama masuk U tu dah hilang sedikit demi sedikit, jadi baik kita jangan buang
banyak masa.
Am dapat program Diploma Analisis Pelaburan. Masa bagitahu parent
pasal benda ni, actually parent memang agak terkejutlah, bukan sebab program ni
susah tapi sebab namanya yang agak unik. Nampak macam hebat, macam ‘wah, hebatnya anak aku’.. haa... macam
tu ... hahaha.
Untuk urusan kemasukan, Am dapat uruskan semua hampir sendirian berhad
bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Untuk yang baru first time merasai masuk
U tu, goodluck lah dengan belanjawan korang yer... Harap korang pandai manage
duit. Banyak sikit guna duit untuk masuk U ni, kalau kerja lepas SPM lagi
bagus.
Kami sekeluarga bertolak ke Dungun sehari sebelum hari pendaftaran,
ini memang agak normal kerana nak elak jam. Kami sewa bilik semalaman and then pergi
ke UiTM esok paginya.
Tapi... kami lupa yang bukan kami jer yang nak pergi UiTM Dungun esok,
huhuhu. Tepat jam 8 pagi kami dah sampai kat persimpangan nak ke UiTM. Dekat
persimpangan tu dah start jam, jam yang sangat luar biasa. Jam yang macam hari
raya kat Kelantan. Jam teruk punya...
Sejam nak masuk pagar ke pagar Post A UiTM, sejam nak ke tempat pendaftaran
dan sejam mengangkut barang ke dalam bilik. Pengalaman pertama yang agak
tragis. Goodluck adik-adik sekalian.
Korang jangan ingat masa hari pendaftaran ni daftar je kerjanya,
macam-macam boleh terjadi masa tu. Antaranya, JEJAK KASIH... Am jumpa ramai
kawan-kawan dari Kelantan tapi malangnya ada juga yang tak cam Am, Am je
cam diorang. Selain dari tu, drama family, masa tulah nak nangis, masa tulah
nak marah. Am tersengih je, rasa macam first time keluar dari tempurung.
Am ada 4 orang sahabat dari sekolah menengah yang sama yang masuk ke
dalam UiTM Dungun. Tapi kami tak jumpa masa hari pendaftaran, kami jumpa dalam
minggu interim (Minggu Destini Siswa).
Selepas daftar bilik, Am ingat Am lah orang pertama yang sampai
bilik, rupa-rupanya orang last yang sampai bilik... So, macam biasalah, kena duduk kat katil atas. Am tak jumpa roommate masa masuk bilik, tapi
Am jumpa diorang lepas Zohor sorang, dan lepas Asar sorang.
Hari pendaftaran yang memenatkan, mana tak penat, angkat barang dari
tempat parking Sarjana sampai ke Kolej Redang. Tapi takpe, tasik kolej memang
memukau pandangan. Budak-budak baru UiTM Dungun memang akan cuba untuk tangkap
gambar tasik tu sebab sekali pandangan macam kat New Zealand (main petik
jer ni).
Hari pertama untuk daftar aje, hari kedua barulah kitorang kena pergi ke
Dewan Aspirasi untuk taklimat, MDS dan sebagainya.
Nanti sambung lagi...
Tu pun kalau nak sambung...
Herrm Sy... Ahahahhaha duduk Dungun! Sekolah kat Dungun! Masuk U pun kat Dungun!! Tpi tulh cuma penat bila nak layan orang yang selalu ejek saya..sebab saya duk dekat.. Heemmm sedih kan hahahahha
ReplyDeleteIt's okey... Duduk di rumah dan duduk di universiti suasananya berlainan. Still kita kena suaikan diri. Goodluck to you...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete