Skip to main content

Diari

Yow

Rasanya dalam blog ni dah banyak kali Ami cakap pasal diari kan? So today, just nak share, Pa bagi buku planner 2022 yang Air Kelantan punya, maybe dia dapat free. And Ami pun macam terfikir nak sambung buat diari macam dulu. Walaupun sekarang ada blog tak semestinya dapat puaskan hati Ami macam tulis diari. 

Tulis diari ni macam tulis rahsia dekat seseorang yang takkan pernah pecahkan rahsia kita, cuma kita je yang kena jaga dia lebih sikit.

Alang² ni, meh kita buka sikit rahsia diari Ami dulu. You know, teenagers age kan macam age yang baru nak masuk matang so banyaklah benda baru yang kita rasa contohnya jatuh hati ❤️. So kebanyakannya benda yang ada dalam diari dulu semua pasal crush hahaha. I am a girl you know, don't judge me 😌.

Bila makin dewasa makin banyak masalah, start dengan perbalahan adik beradik, masalah dengan mak ayah, kawan-kawan yang tak memahami dan banyak lagi. But, untungnya tulis diari ni kita boleh tengok balik salah silap kita dulu, betapa tak matangnya keputusan yang kita buat, betapa lemahnya kita kalau tak ada bimbingan, and paling penting sekali betapa sayangnya orang di sekeliling kita. Ami start rasa matang masa masuk U, sebab apa? Sebab masa tu baru mula² rasa susah. Tak ada duit, tak ada orang nak mengadu, semua benda buat sendiri. And kalau lah diari yang Ami bakar dulu masih ada lagi sekarang, mesti Ami akan cakap "Bodohnyalah aku."

HAHAHAHAHAHA

Well, hanya kita yang boleh tahu kebodohan sendiri. Simpan leklok.

Emmm... Dah alang² cakap ni kan, Ami nak pesanlah sikit yer. Ami tahu ramai yang tengah susah sekarang, macam jenis susah lah, but Ami nak cakap kalau korang redha atau pasrah je dengan apa yang terjadi korang akan rasa bahagia. ANDDD... Ami tahu pasrah dan redha tu benda berbeza. Redha tu korang terima dengan takdir yang Allah bagi. Pasrah tu pula korang okey je dengan benda yang berlaku tapi korang tak move on. 

So kalau korang tak leh nak redha lagi, korang pasrah je dulu tapi kena praktis redha lepas tu.

Tujuan Ami cakap ni sebab sejak PKP ni Ami rasa tenang... And I hope that you feel it too

Comments

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...