Assalamualaikum. HYE!
Lama dah tak menulis, tak tahulah kalau ada terpelat ejaan ke apa ke mohon maaf lah yer.
Okeyh, baiklah. Kita berbalik kepada tajuk kita pada hari ini. Ami/Am/Aku/Saya baru sahaja memulakan bisnes tahun ini. Hahahaha... atas 'permintaan' cek maka kakwe tunaikan. Alhamdulillah aku berdaftar menjadi dropship Sabella bermula Februari 2020... TADAAAA... Tapi masa tu memang masih tak tau pape. promote baju dalam seminggu macam tu lepas tu fade up sebab tak dapat 'sambutan'. Ada je orang pm tepi tapi tanya-tanya jelah.
"WOW, Amirah dah start meniaga..." Ye ye ye... semoga awak yang sedang baca ni dimurahkan rezeki untuk membeli dengan saya yer... AMINNN...
So pada permulaan PKP baru-baru ni aku pun macam dah kehausan nikmat dunia yakni duit. Sejujurnya aku tak adalah nak duit sangat cuma pada masa tu akhirnya aku terinspirasi untuk meneruskan Sabella semula sebab betapa semangatnya aku tengok group Sabella aku tu pot pet pot pet pasal hasil jualan diorang, dan yang paling penting ianya dipenuhi oleh orang-orang yang positif dan amat berlemah-lembut, Alhamdulillah. Sooooo aku pun promote balik baju tu dan akhirnya aku dapat sale bulan 4, bulan 5 pun dah ada peningkatan dalam sale aku. Masih belum memuaskan tapi tak apa lah, asalkan ada sale.
Jadiiii... persoalannya, semasa aku berniaga ni tak ada cabaran ke? YEEEE anak-anak ku, ada...
Takkannn lah ada, macam tak logik lah pulak kalau tak ada Mehnah dan Tribulasi kannn..
Cabaran dia apa tau?
Yang paling banyak sekali mengganggu fikiran aku adalah mengenai apa yang orang fikir masa aku berniaga time PKP + ODL. YER tepat sekali. Astaghfirullah halazim... Nik Amirah ni memang... Aku masih lagi bergelar mahasiswa, pada waktu PKP ni hampir semua Uni seluruh Malaysia menjalankan ODL yakni Online Distance Learning iaitu Pembelajaran Atas Talian secara Jarak Jauh. So masa tu kitorang (mahasiswa SELURUH MALAYSIA) macam agak kalut lah sebab this is the first time kan. Banyak pulak tu masalah timbul.
NANTI AKU BUAT POST ASING PASAL ODL OKEYH. STAY TUNE!
So, masalah aku masa tu ialah terlampau banyak assignment dan juga kelas. Bila kita berada di rumah, waktu kita tak masuk tau dengan waktu belajar. Berada di rumah bererti, kau kena tolong kemas rumah, duduk dapur dan kadang-kadang ikut family keluar PLUS aku sedang berniaga. Aku ada set time bila aku nak promote, bila aku akan balas mesej customer tapi semuanya tunggang-langgang jadinya. Waktu kelas bertindih dengan waktu buat kerja kat rumah (yang ni agak obvious tapi biasanya aku akan utamakan belajar. Aku minta izin dengan Cek lah dulu)
Jadi... aku agak kelam-kabut sikit dalam 2 bulan. Nak adapt a new normal kan... Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar sahaja sehinggalah bulan 6.
Hmmmm...
Masa ni serius tak boleh nak kawal masa. Banyak sangat assignment dan test. Promote pon kadang-kadang skip... so mula lah sale bulan 6 drop dalam 70% gitu berbanding sale bulan 5. Aku mampu geleng kepala je.
Okeyh sebenarnya aku tak cakap lagi kenapa aku takutkan apa yang orang fikir kan?...
Okeyh sebenarnya aku takut kalau student lain fikir aku ni sibuk berbisnes sedangkan orang lain sibuk belajar. Yelah, ODL bukan senang adik kakok oi, komitmen jadi no 1, serius tak tipu.
Cuba bayangkan kau ada kelas masa tu, lecturer hanya bagi bahan untuk kita belajar sendiri, agak-agak kau boleh belajar? Boleh kalau free tapi kalau kau tak free kena anjak masa, pastu last2 lupa.
So itulah yang paling mengganggu sekali.
Second ialah mindset aku sendiri. Masa mula-mula bisnes lagi sebenarnya aku ada mindset yag tak betul pasal bisnes.
"Betul ke boleh laku?"
"Mahal ni, ada ke orang nak beli?"
"Kawan-kawan semua student, student mana beli mahal2 macam ni."
So, aku pon tukarlah aku punya mindset dan baru juga aku tahu baju Sabella adalah baju yang dikira agak murah sebab biasanya baju macam Sabella ni harga di macam RM100 lebih gitu, kira murah sangat dah Sabella jual, semua bawah RM100, berpatutan dan berbaloi. (haaa... nanti pape roger je yer, Ami jual Sabella. Boleh tengok katalog dekat IG @ami.sopan)
Dan Ami suka concept Sabella, semua baju yang dijual TAK PAYAH GOSOK. Sama macam Ami punya taste, malas nak gosok. Lagi-lagi baju kain cotton, boleh pulak yang jenis gosok tang mana tak hilang-hilang juga kedut apa citaaa... So terdetiklah perasaan CiNta dengan Sabella.
So mahasiswa mahasiswi dan juga tuan puan di luar sana, belilah Sabella, confirm jimat masa. Bagi suami yang penat menunggu isteri bersiap, hadiahkanlah Sabella, confirm dari sejam bersiap jadi 15 minit je bersiap. Dan juga mahasiswi, belilah Sabella, kalau kelas pukul lapan terbangun 7.30 sebab tertidur lepas Subuh, sempat lagi nak tukar baju Sabella, tak payah susah-susah gosok, sarung tudung Sabella sekali, insyaallah sempat masuk kelas sebelum lecturer kunci pintu. Kepada mahasiswa, belilah Sabella dekat makwe or kawan korang. Insyaallah, korang akan lebih disayangi 💓 .
And third ialah matlamat. Yer, matlamat. Pasai apa dengan matlamat!!!
Camni, aku tengok kawan-kawan yang berniaga, semua push diri diorang untuk berniaga, aku pun push juga. Cuma apa beza aku dengan diorang ialah aku tak ada matlamat tetap. BIG WHY dalam bahasa orang puteh. Aku tak ada benda nak push aku, aku berniaga pun saje-saje. Kalau dapat sale dapatlah, kalau tak dapat tak apa. Aku memang nak duit tapi tu bukan priority aku buat masa sekarang.
Jadi setelah panjang lebar aku membebel dari atas sampai bawah ni, sebenaq nya malam ni aku duk tepikior pasal BIG WHY, dah banyak kali aku cuba buat BIG WHY dan dah pernah ada je sebelum ni cuma tu tak cukup kuat untuk push aku berniaga. So, aku di sini keliru apakah sebenarnya aku nak dari berniaga...
Hmmmm begitu, kalau korang boleh cari BIG WHY untuk aku, tolong suggest kat ruangan komen... Or maybe share korang punya perjalan bisnes, mungkin aku boleh terinspirasi... OOO by the way... aku ada tengok video yang menginspirasikan aku... Jom lah tengok sekali...
So itu sahaja untuk post kali ini. Jangan lupa, follow IG @ami.sopan and jangan malu-malu pm untuk beli baju Sabella okeyh... Ami akan berusaha untuk bagi servis yang terbaik insyaallah.
Alhamdulillah
Ma'assalamah
Anyeong... (Daud Kim) tiber
Comments
Post a Comment