Skip to main content

D : Background Seseorang

Assalamualaikum warga net. Hari ini santai-santai sahaja

Jam pun dah pukul 1.24 pagi. Tak tahu kenapa sejak balik rumah PKP ni asyik tidur lambat sahaja, padahal bukan tabiat pun masa kat U dulu. Hmmm...

Ringkas cerita, Ami sebenarnya agak tertarik dengan gosip sehari dua ni iaitu berkenaan dengan artis Malaysia yang merungut tentang bantuan daripada kerajaan terhadap mereka. Ami agak tertarik sahaja, nak komen lebih-lebih memang tak lah.

Ami tertarik sebab teringatkan sahabat-sahabat Ami. Berbeza tempat berbeza situasinya. Dulu, masa sekolah menengah ramai yang layan Ami sebagai kawan biasa sahaja, tak lebih tak kurang. Ami juga begitu, Ami pantang benar kalau orang pandang seseorang tu berdasarkan background family dia, bukan apa, semua tu kan tak penting, kenapa kena kawan dengan sebab-sebab tertentu, nanti akhirnya walaupun kita ada ramai kawan kita akan tetap rasa sendirian. Sebab apa? Sebab semua orang tidak boleh dipercayai, semua tidak boleh membantu kita, kita sendiri akan ragu-ragu dengan kawan-kawan kita.

Dalam dunia ni memang kita nak macam-macam, memang nikmat yang Allah turunkan tu semuanya best tapi adakah untuk menikmati sesuatu nikmat tu kita kena ada 'cable'? Adakah dengan cable tu kita akan dapat benda tu... kadang-kadang belum tentu lagi.

Bila Ami masuk U, Ami nak sangat kawan dengan semua orang, al-maklumlah jarang-jarang dapat kawan dari berbeza negeri kan, tapi Ami perasan satu benda, setiap kali ada sesiapa yang tahu background seseorang mesti ada perubahan dalam persahabatan diorang.

Pleaseee... Listen to me, semuanya tak penting. Dunia ni sementara sangat, kalau kita bagi dekat orang apa yang kita ada, insyaaAllah Allah akan bagi balik kat kita malah lebih berbaloi daripada apa yang kita dah bagi.

Sedih sebenarnya tengok manusia berubah selepas tahu siapa kita (sama ada dia jadi makin baik dengan kita tiba-tiba atau semakin jauh dengan kita tiba-tiba), macam kita ni bahan uji kaji dan macam kita ni tidak selevel dengan mereka.

Nak cerita lebih pun rasa macam bukan di sini tempatnya.

Apa-apa pun apa yang ingin Ami sampaikan dah Ami tulis dalam Dairi Blog kali ni. Ami harap korang fikir jauh-jauh. Ami serius tak maksudkan apa-apa selain daripada apa yang hati Ami cakap, We can fix this together. Korang tak mampu dan rasa rendah diri bila tengok orang mampu, korang mampu tapi rasa jijik pandang orang tak mampu. Diulangi, SEMUA TU TAK PENTING. Kita manusia dan akhirnya akan pergi kepada-Nya.

Jangan pandang serong, jangan pandang harta, jangan pandang pangkat, jangan pandang keturunan, pandanglah sahabat anda dengan mata hati dan bersahabatlah dengan mereka kerana agama. Sesungguhnya apa yang diajar oleh agama kita tu, itulah yang terbaik yang kita boleh buat.


Terima kasih kerana membaca, jangan serius-serius sangat yer... hehe


Waallahua'alm.

#staysmile
#staysave
#stayhealty
#stayathome

Comments

  1. Hurmmm. Sebab manusia ni pentingkan 'perfectionist' Sedangkan diri sendiri x akan pernah perfect sampai tua! Hihi...

    Saya pun sedih Ami tatkala membaca karya anda pada kali ini kerana teringatkan seseorang yang sering tidak dilayan disebabkan 'cara perwatakan' dan barangkali latar belakang juga memainkan peranan.

    Tapi saya layan dia baik sahaja masatu Ami. Arghhhhhh dunia tak adil! Semua tak ambil sudut positif daripada dia. Sedih sungguh! 😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer betul tu, dunia ni dah adil tapi manusia tu tak adil. Cerita-cerita macam ni dah sinonim dalam hidup masyarakat kita malah di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya masih ada yang sedar... Dan yang sedar nilah yang kena menyedarkan yang lain

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...