Skip to main content

D : Jualan Donut Depan Pantai 🍩

Assalamualaikum, hye.

Alhamdulillah Ami berkesempatan juga akhirnya untuk menyambung blog Ami yang sekian lamanya berdebu, berhapuk, makan gaji buta di web ni. YEAHHHH!!!

Ami sudah setengah sem masuk semesta 3 ni dan ada banyak sangat pengalaman dan ilmu baru yang Ami peroleh dari semesta 3, dalam kelab mahupun dalam pengajian baru. Ami dapat sambung blog ni pun sangat-sangatlah beruntung sebab bertembung pula dengan kelas yang dibatalkan sebab madam tak sihat. Syafahillah madam.

Baiklah, apa tunggu lagi kan. Jom nak story...

Ami terlibat dengan 2 event sem ini di mana kedua-dua event Ami jadi Ketua Projek. Alhamdulillah mungkin ada masalah dalam setiap event Ami tu tapi semuanya berakhir dengan tenang. Kosong-kosong, zero-zero.

Event pertama yang Ami handle semesta ini ialah charity event iaitu We Care We Share. Program ini adalah di bawah Kelab Debat dan Pidato di mana tujuan program ini diadakan adalah bagi mengutip dana untuk disumbangkan kepada anak yatim.

Bagaimana program ini berjalan? Haaa... kalau pelajar-pelajar UiTM Dungun perasan, dekat pantai mesti selalu nampak orang jual donut kan... sebenarnya itulah gerai kami. Kami memilih untuk menjual donut bagi mengutip dana untuk disumbangkan kepada anak yatim. So kiranya korang membeli tu sambil mendermalah.

Jualan donut ini start pada 24 September baru-baru ini dan akan berakhir pada hari Selasa ini iaitu 22 Oktober.

Sepanjang jualan donut ini diadakan, Ami actually sangat-sangat enjoy dengan jualan donut, walaupun setiap hari sakit, letih, balik bilik lewat petang tapi pengalaman semasa proses jual beli tu yang Ami suka.

Cuba bayangkan, Ami tak sempat nak jumpa semua kawan-kawan masa ada dalam kampus sebab semua busy dengan hal masing-masing. Kalau ada terjumpa pun mungkin terserempak jer., tapi bila start menjual dekat depan pantai ini, setiap hari boleh terserempak dengan kawan-kawan. Ami juga ada buka COD untuk sesiapa yang nak tempah donut tapi malas nak turun pantai. Setiap kali ketuk pintu costumer tu, rasa macam nak pergi beraya, beramahlah kejap, macamlah kenal lama tapi sebenarnya baru first time jumpa. Hahahaha...

Ada 1 story ni, pada satu hari, costumer Ami, dia kata dia tak ada kat bilik masa Ami nak hantar donut dia. Pada mulanya Ami kautim dengan dia untuk bagi donut masa dia balik tapi masa tu Ami agak malas untuk berulang-alik beberapa kali (malaskan saya.. uhuk2), jadi Ami bagi kat roommate dia dan kata yang dah ada orang yang tolong bayarkan.

Selepas sejam, costumer Ami pm Ami, dia katalah yang dia tak bayar lagi, betul ke ni dah ada orang bayar kan. Ami kata yer dah ada orang tolong bayarkan. Dia pun katalah yang sebenarnya dia baru balik dari PH (Pusat Hidayah = masjid UiTM Dungun) sebab buka puasa kat sana.

Wahhh hebat! Allah takdirkan untuk memberi rezeki percuma kepada orang berpuasa tu rupanya. Alhamdulillah... nikmat qada' dan qadar Allah.

Selain dari costumer, Ami juga rasa gembira sangat boleh kenal dengan junior kelab debat yang baru. Mereka semua sangatlah sempoi. Ada pernah 1 hari ni, perempuan jer semua yang menjual dekat gerai, amboi... apa lagi, seronok sakan kitorang bergelak ketawa bergosip bagai. Macam hari raya dah uollss... (tapi cover2 lah bila costumer ada tu).

Penat tu penat juga sebab tiap-tiap kali jualan Ami kena turun tapi Alhamdulillah Ami boleh bertahan sehingga habis. InsyaaAllah.

Alamak, penat nak type... ada satu lagu program Ami iaitu Tayangan Filem Karah, tapi InsyaaAllah Ami akan post lain kali. Masa pun dah mencemburui kita. Kejap lagi Ami nak gerak pergi gerai donut. Assalamualaikum. Bye...


SUPPORT JUALAN DONUT GUYS!!!
#kelabdebatdanpidato

Comments

  1. Pernah tak bisnes tak habis,dan apakah cabaran Dan kesan ekonomi dalam melakukan bisnes donut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.Pernah je, kitorang akan jaja donut melalui WhatsApp. Bila ada orang order, masa habis bisnes baru kitorang akan hantar ke bilik masing2.

      2. Cabaran dia ialah bila team kita lambat datang ke gerai dan donut tak habis dan tak ada orang yang nak order.

      3. Kami buat bisnes donut ni untuk menampung aktiviti kelab sem ni, selain membeli sambil menderma, sebahagian keuntungan kami akan salurkan kepada kelab. Maaf, saya hanya menumpu kepada kesan kepada kelab dan kesan kepada masyarakat (menderma) kerana itu objektif kami. Harap menjawab soalan tersebut.

      Delete
  2. Haha.. Saya tak tahulah pulak yg Ami handle gerai donut tu hihi.. Btw, macam mana ya keuntungan hasil jualan donut tu dengan hasil owner donut tu?? Sorry, i'm just curious hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu tak boleh bagitahulah huhu, apa yang Ami tahu Ami seronok bekerja dengan Abang Donut tu. Kalau korang yang baca ni nak try kerja jual donut boleh mesej Ami untuk no phone dia. Nama kedai dia Donut Adik.

      Delete
  3. Ofcos tahu Ami. Sebab sy dulu ni pembeli setia donut adik tu. Abang donut tu alumni sekolah saya hihi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...