Skip to main content

D : Dijodohkan

Assalamualaikum. Hye.

Maaf lama tak update, lappy tak bagi kerjasama sikit buat masa sekarang, so tak boleh menulis sangat.
Apa-apa pun mari kita teruskan dengan tajuk kita untuk kali ini.

Teringat zaman kecil-kecil dulu, mak selalu berborak dengan aunty-aunty onion, bila masuk je part kahwin, start dah pandang aku. Al-maklumlah, anak sulung kan. So kiranya aku dah terlampau biasa bila orang berbual pasal soal jodoh atau kahwin, dah sebati dalam kitaran hidup. Kadang-kadang jemu lah juga, kadang-kadang seronok lah juga.

Ada satu perangai anak-anak muda sekarang, suka menjodohkan orang, ya, aku lah mangsanya. Dari sekolah sampai ke universiti, ada aje modal title jodoh untuk dibualkan. Masa sekolah menengah dulu, form 1 dengan si A, form 2 dengan si B. Jodoh boleh tukar-tukar pulak tu.

Masa masuk universiti lagi lah, semua lelaki yang nampak sesuai akan dijodohkan dengan aku, kadang-kadang sampai nampak macam serious bebenor diorang ni membahan. Hemmm, layan jelah. Serik lah juga kena jodohkan dengan orang ni. Of course sebab firstly kita akan malu, malu tanpa sebab munasabah, lagi-lagi kalau 'jodoh' tu tahu yang dia 'dijodohkan'. Yang tu memang malu bebenor.

Second, sebab rasa macam tak matang, zaman belajar ni bawak-bawak lah bertenang. Bila tiba masanya haaa ada lah tu. Third, rasa macam tak ada maruah pun ada, memanglah bukan betul-betul tetapi tak ke pelik tukar-tukar jodoh ni. Memang jodoh bertukar ikut kehendak iyer? Hahaha...

Apa-apa pun, title jodoh tak pernah menghampakan masyarakat melayu, boleh membahan orang, modal berbual yang tak pernah menhampakan. Boring2, kalau tak ada benda sangat nak buat, takkan nak mengumpat, menempah dosa pulakkan, membahan member ajelah kerjanya hahaha... tak sunyi sikit hidup ini dengan gelak ketawa.

Jadi rasanya, dah boleh guna function kawan sebagai tempat mencari jodoh rasanya... hemmm
Mari fikirkan bersama.

#guraujer

Comments

  1. Saya selalu jodohkan ami dengan tet tet tet.. Hahah. Btw saya doakan anda dengan 'bakal jodoh' disatukan bersama orang yang anda impikan selama ni. 😚😚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyap lah Anda. Anda nak saya jodohkan dengan siapa-siapa ke. Saya boleh je cari mana-mana kawan yang rasa sesuai dengan Anda.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...