Skip to main content

D : MPI 2



Hemmm...

Nampaknya jari ku semakin lama semakin jinak untuk menaip sesuatu. Mungkin ada kebaikan yang aku boleh laburkan atas jasa laptop ini.

Baiklah, jika pembaca menyukai tulisan ku sebelum ini ... akan aku menyambung coretan ringkas yang mengimbau dunia kenangan yang berada di dalam fikiranku.

Mari kita ke masa lampau, mengimbau kembali setiap detik berada di sekolah itu. Pasti ada yang mencuit hati sedikit demi sedikit. Hahaha...

Kali ini kita bercerita tentang sahabat. Aku pernah mendengar satu tulisan yang mengatakan bahawa maksud kawan dan teman itu lain. Kawan bermaksud sahabat biasa yang bertemu sekadar untuk mengisi hari-hari kita, teman pula ialah sahabat yang bukan sekadar sahabat. Teman adalah orang yang akan bersama dengan kita ketika susah dan senang, menasihati kita walaupun ia menyakitkan, mambantu kita meskipun sedang kekurangan.

Perkataan sahabat itu sendiri berasal dari bahasa Arab dan seperti yang kita tahu, setiap satu perkataan Arab itu mempunyai maksud yang banyak untuk menggambarkan sesuatu perkara hanya dengan 1 ayat. Hebat bukan?!

Jika kita definisikan dengan pengalaman, ternyata sahabat memang banyak memberi kebaikan kepada kita. Jauh atau dekat, hati tetap berpaut bersama. Adakah ini cinta? Hahaha.

Aku mempunyai kawan yang agak ramai di sekolah. Sama ada tua atau muda daripadaku, ia bukanlah satu masalah. Kawan-kawanku terdiri daripada kawan sekelas, rakan sekerja dan staf-staf pejabat. Kadang-kadang kami hanya bertemu di perhentian bas, berbual sedikit dan terus menjadi kawan. Mudah sahaja.

Jika menjadi ahli aktif Badan Dakwah, maka lebih ramai yang akan kami kenal sama ada di dalam sekolah itu sendiri ataupun di luar sekolah.

Persahabatan yang terjalin sepanjang berada di sekolah itu adalah rawak dan tidak berpuak. Jika kami berkawan maka kami bebas memilih untuk bergaul dengan sesiapa sahaja. Bukanlah adat bagi kami untuk meminggirkan sesiapa yang bukan dari ‘geng’ kami.

Bagi yang mempunyai geng pula apa salahnya, ia hanya kerana kita selalu bersama dan selesa bersama.

Pengawas dan pelajar biasa bukanlah satu benteng yang memisahkan kami, ia boleh digambarkan sebagai sebuah tiang yang akan mengukuhkan lagi keluarga kami.

Masa telah berlalu, walaupun kita telah berpisah, jauh di sudut hati masih ada ruang untuk kita bersahabat seperti di alam persekolahan dahulu.

Comments

  1. Sahabat ni..kalau kita bergaduh kecil dengan dia sekalipun, benda tu pasti terasa 'biasa' sahaja tetapi kalau kawan pula dengan semua orang kita beekawan. Jika ada pergaduhan kecil yang berlaku pasti akan menimbulkan satu suasana yang agak menggusarkan. Betul tak ami? Haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit. Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa. Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun. Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan   kertas kerja dan sebagainya. Oleh kerana dia tiada k...