Skip to main content

C : Kertas Kerja

Kerja adalah kerja. Belajar adalah belajar. Tetapi saat tibanya masa untuk bekerja, saat itulah pelajaran akan terganggu... sedikit.

Nampaknya program Badan Dakwah seperti tidak mahu mengalah dari terus-menerus dilaksanakan tanpa henti di sepanjang tahun. Pernah sahaja terjadi di dalam 1 bulan, setiap hujung minggu pasti terdapat program yang perlu diuruskan. Itu bukanlah satu masalah besar bagi sesetengah pelajar tetapi ia adalah masalah besar bagi pelajar yang tidak pandai menguruskan masa.

Nasib baiklah Asma’ bukanlah orangnya. Dia sudah lama berada di dalam Badan Dakwah dan dia juga seorang aspuri, iaitu pelajar asrama, jadi senanglah baginya untuk terlibat dalam mana-mana program sekali pun.

Kali ini ialah Tamrin Tingkatan 3, dia dilantik sebagai setiausaha program. Jawatan yang sangat tidak disukainya, manakan tidak sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha pasti akan kalut selama seminggu untuk menyiapkan  kertas kerja dan sebagainya.

Oleh kerana dia tiada kemudahan gadjet, dia terpaksa melaksanakan semua kertas kerja itu di sekolah dan pada hari persekolahan sahaja. Lelah dan sakitnya ke hulu dan ke hilir meminta informasi, pengesahan dan keizinan hanya tuhan sahaja yang tahu.

Setelah semua perkara telah dilaksanankan, kali ini dia hanya perlu meminta tandatangan daripada pengarah program sahaja. Tetapi, disebabkan dia tidak mengenali siapakah pengarah program itu, pertemuan antara Asma’ dan pengarah program diatur oleh rakannya, Nurul, yang juga merupakan urusetia program.

Sejujurnya, Asma’ tidak berani untuk berdepan dengan mana-mana lelaki sekalipun, walaupun hanya sekadar lalu di sebelahnya, pasti dia akan gementar.

Tempat pertemuan kali ini adalah di MARKAS. Nurul juga akan ada bersamanya memandangkan pengarah program itu merupakan seorang lelaki.

Waktu perjumpaan pada pukul 12.15 tengahari seperti yang sudah ditetapkan oleh Nurul untuk bertemu dengan pengarah program bagi mengambil tandatangannya, tetapi jam sudah menunjukkan pukul 12.20. Guru Bahasa Melayu Asma’ masih belum kelihatan seperti mahu keluar dari kelas.

Mengambil tandatangan pengarah program adalah tugasan terakhirnya sebelum menghantar kertas kerja tersebut ke pejabat, jadi dia harus mengambil tandatangan pengarah program pada hari ini juga, tetapi dia sudah kelewatan.

Sungguh malas rasanya untuk tunggu lebih lama dan menangguhkan pertemuan kerana dia mahu melangsaikan kerjanya secepat mungkin.

Subjek selepas ini adalah subjek Nahu Saraf, sudah lah dia teramat lemah dengan subjek itu, guru pun boleh tahan garang juga. Bagaimanalah dia mahu keluar ke kelas jika guru seterusnya sudah masuk ke kelas.

Pilihan terakhir adalah meminta izin dengan guru Bahasa Melayunya untuk ke tandas bagi berjumpa dengan pengarah program itu. Dia pun memilih untuk keluar dengan segera lalu dibawa kertas kerja bersamanya.

Langkah diatur pantas kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.30 tengahari. Terasa kesal kerana membuat perjanjian pada waktu P&P sebegini, sepatutnya dia membuat perjanjian untuk berjumpa dengan pengarah program itu pada waktu tamat persekolahan.

Ketika sedang berjalan laju menuju ke MARKAS, di persimpangan sebelum bertemu dengan bilik tersebut, tiba-tiba muncul seorang pemuda yang tidak diketahui dari mana arahnya berjalan laju keluar dari persimpangan itu. Asma’ terkejut lalu berhenti serta-merta. Pemuda itu juga terus berhenti apabila hampir-hampir sahaja berlaku pertembungan di antara dia dan Asma’.

Asma’ yang mempunyai ketinggian yang cukup comel itu terus mengundurkan diri dan menundukkan pandangan, dia malu dengan situasi itu, lalu memberi laluan kepada pemuda itu untuk berjalan terlebih dahulu.

Pemuda itu pun terus pergi tanpa menoleh ke belakang. Entah siapalah pemuda misteri itu. Asma’ hanya sempat melihat bahawa pemuda itu berbaju hijau, berseluar hitam dan berkasut hitam. Sudah semestinya dia seorang pengawas sekolah.

Asma’ juga malas mahu mengambil tahu dengan lebih lanjut lalu terus berlari ke arah MARKAS.

Sesampai sahaja di sana, hanya rakan Asma’ sahaja yang wujud di dalam MARKAS itu. Dengan wajah yang tidak berperasaan sambil mulutnya dicebik berlebihan menandakan ketidakpuasan hati, Nurul menegur Asma’.

“Awak sudah terlambat, pengarah itu sudah pun pergi.”

Asma’ melepaskan kertas kerja dari tangannya lalu terduduk kerana kepenatan berlari dari kelas. Dia mengeluh perlahan, sudah pasti pengarah program itu berasa marah kepadanya kerana terlewat berjumpa dengannya.

Rakannya, Nurul, hanya memerhati Asma’ yang sedang menghadapi saat-saat kegagalan bertemu dengan seorang raja yang berkuasa ke atasnya. Seperti seorang hamba yang sedang kepenatan membuat kerja tanpa rehat. Ya, dialah hamba kepada masa yang singkat.

Kertas kerja yang bertaburan di atas lantai bagaikan pinggan mangkuk yang belum dicuci dihempaskan ke lantai dengan sengaja. Dunia menjadi gelap ditelan oleh kesibukan kehidupan seharian yang sentiasa mengejar penyelesaian.

Ah! Begitu drama sekali untuk dibayangkan secara berlebihan. Siapakah pengarah program itu sehingga dianggap sebagai raja? Siapakah ‘masa’ mahu menindas manusia?

Tiba-tiba, Asma’ meluaskan matanya, seakan-akan melihat sebuah cahaya dari sebuah mentol tanpa wayar yang berada di atas kepalanya. Idea melintas di kepalanya, ‘Itu adalah jalan pintas untuk menamatkan kerja yang melemaskan ini’.

“Nurul, boleh tak kau bagitahu pengarah program untuk jumpa aku malam ni?”

Nurul mengangkat kening di sebelah kirinya, kehairanan. Mana mungkin pengarah program itu sanggup ke sekolah pada waktu malam demi melangsaikan sebuah hutang tandatangan.

Oh, baru dia teringat, malam ini kelas tambahan malam akan diadakan seperti biasa. Dia terus bersetuju lalu memaklumkan kepada pengarah program itu untuk berjumpa dengan Asma’ pada malam ini.


.........................


Beberapa hari telah berlalu, masalah tentang kertas kerja telah pun selesai, waktu belajar tidak lagi diganggu dengan segala kesibukan menghadap sebuah kertas kerja yang perlu dilangsaikan segera.

Hari persekolahan dihadapi dengan santai seperti biasa, guru-guru yang masuk ke kelas bersilih ganti, buku-buku kerja dilakar dan diconteng lalu di hantar kepada guru, nota-nota ringkas mula dibuat bagi persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

Bagi pelajar, perlumbaan untuk mengecapi sebuah impian iaitu lulus dengan cemerlang tidak pernah lekang dari benak fikiran mereka. Tetapi bukan setiap masa otak diperah dan diisi dengan ilmu, kadang-kadang ia terisi juga dengan informasi atau gosip-gosip terkini...

Nurul menjadi ketua penyebar maklumat berita terkini pada hari ini, pelajar perempuan mula berkumpul membuat halaqah sebelum gosip itu disampaikan kepada mereka.

“Macam ni, aku dengar cerita dari pengawas-pengawas kita, ada seorang pelajar lelaki telah ditangkap bercinta dengan seorang pelajar perempuan di sekolah kita ni.”

“Lelaki itu dipanggil ke MARKAS untuk siasatan lanjut. Ada juga orang kata yang lelaki tu bercinta dengan seorang pelajar tingkatan 1.”

Nurul menunjukkan riak wajah terujanya menceritakan gosip hangat ini kepada rakan-rakannya yang lain. Mana tidaknya, masalah disiplin seperti bercinta adalah masalah disiplin paling besar di sekolah itu.

Maklumat-maklumat sulit seperti ini pula hanya boleh didapati oleh pengawas sahaja, pasti ia boleh menjadi satu topik hangat apabila ia bocor di mulut para pelajar.

“Hem, macam-macam budak sekarang ni. Siapakah pelajar lelaki dan pelajar perempuan tu?” Tanya salah seorang daripada ahli halaqah kecil itu.

“Entahlah, aku pun tak tahu. Dengarnya diorang dating kat tempat gelap.”

Semua pelajar halaqah itu menggelengkan kepala menafikan kewarasan lelaki itu untuk berjumpa perempuan tingkatan 1 di tempat yang gelap.

“Ada lagi...”

Semua pelajar kembali menundukkan badan mereka untuk mendengar sambungan cerita sensasi itu.

“Lelaki tu kena denda solat sunat taubat kat masjid sekolah dan kena rotan beberapa kali dengan guru disiplin.”

Beberapa pelajar ketawa perlahan apabila mendengar bahawa lelaki itu dikenakan denda solat sunat taubat, ia teramat jarang berlaku. Hanya orang-orang terpilih sahaja yang didenda sebegitu. Nampaknya cikgu disiplin benar-benar marah kali ini. Mungkin kerana kes pelajar bercinta semakin banyak sejak akhir-akhir ini.

Asma’ hanya mendengar tanpa rasa teruja untuk mengetahui lebih lanjut, biarlah lelaki dan perempuan itu menjadi misteri, lagi dikupas helaian bawang, lagi pedih mata merasa. Lebih baik diam daripada membalas apa. Spekulasi hanya membawa kepada jalan mati atau lebih teruk lagi ialah jalan maut.


.......................


Setelah kertas kerja program lulus, beberapa persiapan program telah diadakan. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan program ini juga sudah dimaklumkan.

Apabila harinya sudah tiba, semua mengambil tempat masing-masing, sama ada peserta atau urusetia, semua sibuk melaksanakan tugas masing-masing.

Kali ini, Asma’ bukanlah sesibuk sebelum program. Tugasnya ketika program sedang dijalankan hanyalah memantau keadaan program sahaja.

Dia hanya berjalan-jalan di sekitar program dan memerhati urusetia dan pelajar yang begitu khusyuk menjalankan program tersebut.

Sedang asyik dia berjalan, dia tidak sedar bahawa dia telah melepasi kawasan program yang berada di bawah pengawasannya.

Dia sedang asyik termenung memandang lantai dan berjalan lurus ke hadapan tanpa memandang ke kiri dan kanan. Tenungan kosongnya itu membawanya ke deretan kelas kosong yang tidak digunakan.

Tiba-tiba Asma’ tersedar dari lamunan panjangnya, suatu suara menyedarkannya. Dia seakan-akan mendengar seperti seseorang sedang berbual berhampirannya.

Dia pun memandang ke arah kanan di mana terdapat sebuah kelas yang ditutup pintunya dan dihalang pemandangan dalamnya dengan sehelai langsir.

Perbualan dua orang pelajar yang berada di dalam kelas tersebut menarik perhatiannya.

“Alhamdulillah, nasib baik kau ada kat situ, Li. Kalau tak, fitnah ini akan terus berpanjangan.” Ucap seseorang yang kedengaran seperti sedang bersyukur dan lega.

“Mana ada, aku hanya cakap apa yang betul sahaja. Sememangnya kau takkan buat perkara yang tidak matang seperti itu...” Kata Ramli dengan rendah diri.

“.... tetapi bagaimana dengan perempuan itu? Kau tak nak bagitahu dia kah setelah apa yang terjadi?”

Seseorang kedengaran mengeluh perlahan lalu berkata,

“Biarlah ia kekal rahsia, lebih baik jika kita diamkan. Ia bukanlah sesuatu perkara yang perlu dibesar-besarkan.” Kata lelaki itu sambil tersenyum.

“Perghhh, gentlemannya, entah-entah kau suka dia...”

DUSH!

Akibat Asma’ terlalu menunduk ketika dia sedang mendengar perbualan dua orang sahabat itu, dia terjatuh tanpa sengaja.

“... Eh apa tu?!”

Terkejut lelaki itu apabila mendengar bunyi di luar kelas ketika dia belum selesai menghabiskan kata-katanya.

Asma’ terus lari meninggalkan kawasan tersebut.

“Kucing kot...” Jawab sahabatnya bersahaja.


.......................


Masa berlalu begitu pantas. Setelah tamat alam persekolahan, Asma’ telah melanjutkan pelajarannya ke Darul Quran dan menjadi seorang hafizah dengan cemerlang.

Berkat hasil pengajiannya itu, dia telah bekerja sebagai seorang ustazah di sebuah sekolah rendah di sekitar kampungnya. Kefasihannya membaca ayat-ayat suci Al-Quran telah menjadikannya seorang ustazah KAFA dan mengajar mengaji kepada pelajar-pelajar sekolah itu.

Dia mengajar mereka dengan penuh kasih sayang meskipun mereka bukan ahli keluarganya. Setelah kelas KAFA tamat, Asma’ pun menyimpan Al-Quran lalu beredar dari situ.

Belum sempat dia melangkah keluar, seorang pelajar menarik bajunya lantas membuatkan Asma’ berpaling.

“Ustazah, nak salam.” Ucap salah seorang anak muridnya sambil tersenyum mempersembahkan barisan gigi yang begitu ‘cantik’. Sangat comel.

“Oh, maaf, ustazah lupa...”

Asma’ terus menghulurkan tangannya lalu pelajar itu mencium tangannya.

“.... Belajar baca Al-Quran elok-elok ya, nanti boleh masuk syurga.” Katanya sambil menggosok kepala pelajar ciliknya itu.

Setiap hari, perkara sama berulang. Walaupun hanya seorang guru kelas KAFA, Asma’ sangat gembira berkhidmat kepada anak-anak cilik itu.

Setelah pulang dari rumah, tetamu yang tidak dikenali sudah pun tiba di rumahnya. Tetamu itu dilayan dengan begitu baik oleh ibu bapa Asma’.

Seorang mak cik.

Seorang pak cik.

Dan seorang pemuda.

Asma’ ditarik oleh ibunya ke dapur untuk berbincang dengan anaknya dengan lebih peribadi. Asma’ hanya menunduk apabila mendengar penjelasan daripada ibunya. Nampaknya, dia sedang dirisik oleh ibu bapa pemuda yang dia tidak pun kenali.

“Ibu, kan Asma’ dah cakap, Asma’ tak nak kahwin dengan orang yang Asma’ tak kenal.”

“Tapi, lelaki tu kenal Asma’, katanya dia pernah bersekolah dengan Asma’ dulu...”

Asma’ mengerutkan dahinya tanda kehairanan. Siapakah lelaki itu? Pernahkah dia berjumpa dengannya sebelum ini? Bagaimana dia mengenali Asma’?

Dari jauh Asma’ sudah pun gementar melihat pemuda itu. Tangannya mula terketar-ketar apabila berjalan bersama ibunya menuju ke ruang tamu. Ibu menenangkannya sepanjang perjalanan menuju ke sana.

Setelah lama mereka berbual-bual dan merisik khabar, pemuda itu pun meminta izin daripada ibu bapa Asma’ untuk bercakap dengan Asma’ di luar. Mereka pun mengizinkannya.

Asma’ hanya menurut pemuda itu keluar ke luar rumah.

Keadaan sunyi seketika, tiada sesiapa yang memulakan perbicaraan. Sememangnya Asma’ tidak pandai memulakan perbualan dengan lelaki, lebih-lebih lagi dengan orang yang dia tidak kenali.

Pemuda itu pun memulakan perbualan mereka.

“Asma’, nama saya Rahman. Kita pernah berjumpa di sekolah beberapa kali. Saya tahu Asma’ tak perasan saya...”

“... mungkin ini dapat mengingatkan Asma’.”

Pemuda itu pun menghulurkan beberapa helaian kertas.

Sekali lagi Asma’ kebingungan lalu dahinya berkerut sambil tangannya menyahut kertas-kertas itu.


......................


“Aman, kau nak jumpa dia kat mana?”

“Sepatutnya aku jumpa dia kat depan MARKAS tapi tak tahulah kenapa dia lewat”, kata Rahman sambil menggosok kepalanya yang tidak gatal lalu ditutup dengan sebuah topi

“Kalau macam tu aku pergi tandas dululah, dah tak tahan dah ni.”

“Okey, pergilah dulu”

Li meninggalkan Rahman bersendirian menunggu kehadiran Asma’. Sambil menunggu, Rahman bermain topinya ke depan dan ke belakang berulang kali kerana kebosanan.

Tiba-tiba kedengaran bunyi motosikal yang baru sahaja masuk ke dalam kawasan sekolah, nampaknya Ustaz Bahar iaitu ustaz yang mengajar Rahman pada malam ini sudah tiba.

“Alamak, buku aku tertinggal dalam motor.”

Dia pun berjalan pantas keluar dari sekolah untuk ke tempat parkir motosikalnya yang berada di hadapan masjid sekolah.

Setelah keluar dari pagar sekolah, seseorang telah menegurnya dari belakang, dia pun segera berpaling.

“Awak, maaf, ini kertas kerja program yang awak perlu tandatangan.”

Kata Asma’ lalu menghulurkan beberapa helai kertas kepada Rahman.

Oleh kerana kedudukan Asma’ yang sangat jauh daripada Rahman, lelaki itu pun berjalan mendekatinya bagi mengambil kertas kerja itu. Asma’ tergamam lalu kaku ditempat dia berdiri, jantungnya pantas berdegup dan dia seperti tidak dapat bergerak.

“Ada pen tak?”

“Hah? Aaa... ada ada..”

Asma’ pantas menyerahkan pennya tanpa berfikir panjang. Setelah selesai tandatangan di tempat yang sepatutnya, Rahman pun menyerahkan kembali pen itu kepada Asma’.

Tanpa berlengah, Asma’ mengambil semula pennya lalu beredar dari situ dengan pantas.

“Eh, tunggu...”

Belum sempat Rahman menghabiskan ayatnya, Asma’ sudah pun hilang dari pandangan. Dia mengeluh perlahan, kehairanan dengan apa yang berlaku. Adakah dia ada membuat silap?

“Fuhlamak, aku tengok cerita Hindustan ke ni? Tungguuuu!!! Jangan pergi tinggalkan aku.....” Tiba-tiba muncul Ramli yang entah dari mana menegurnya dari belakang.

“Haish, ada-ada jer kau ni. Dah lah, Ustaz Bahar dah datang... Jom ambil buku.”

Ramli hanya menyambung sengihannya, suka menyakat sahabatnya itu. Sudah lama dia memerhati Rahman yang selalu memandang Asma’ sebelum ini tetapi dia hanya berdiam diri.


....................


Asma’ hanya memerhati kertas kerja yang dipegangnya, dibelek satu persatu untuk memahami apakah yang cuba disampaikan oleh Rahman. Ini adalah hasil tangannya. Di muka surat belakang pula terdapat tandatangan pengarah program yang tidak sempat pun dilihatnya.

“Jadi maknanya awaklah pengarah program itu?”

Rahman hanya mengangguk tanpa perlu menjawab persoalan itu, dia tersenyum kerana akhirnya Asma’ mengenalinya.

Tiba-tiba datang seekor kucing menggesel kaki Rahman. Dia pun mengangkat kucing tersebut lalu membelainya sambil berkata,

“Saya suka kucing, kucing pernah menghendap saya ketika saya sedang berbual dengan sahabat saya dulu...”

Rahman pun tersenyum lalu memandang Asma’. Asma’ pula masih kebingungan dengan apa yang dikatakan oleh Rahman.


TAMATTTTTT

Comments

  1. Ni cerita betul ke ami? Seronok betul saya membacanya. Lepas ni dah 'slow slow' boleh terbit Novel Tarbiah. Penulis:Nik Amirah.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu... Terima kasih banyak-banyak. Sebenarnya dalam banyak-banyak cerita yang Ami pernah tulis, ini jelah cerita yang dapat diterima oleh kebanyakan orang. By the way, thank you sebab baca... Ini bukan cerita betul tapi Ami kumpulkan pengalaman Ami dan pengalaman orang lain untuk dijadikan 1 cerita.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

D : Tayangan Filem Karah 👻

Assalamualaikum, hye. Jom sambung... Ami dah ceritakan secara ringkas pasal jualan donut. Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk jualan donut. InsyaaAllah jika ada peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini Ami akan join lagi. Kita akan sambung pula kepada cerita seterusnya iaitu Tayangan Filem Karah. Sebenarnya ni tayangan filem apa ? Okeyh baiklah, filem Karah ini adalah filem terbitan MyUFm iaitu filem bergenre horror dan psyco. Ia dilakonkan sendiri oleh crew MyUFm pada ketika itu. Karah ini pula adalah bangunan belajar kami yang sangat popular dengan gelaran reban ayam. Ops, Ami tak pernah gelar ia sebagai reban ayam cuma Ami terbaca dekat blogger dari senior-senior lama UiTM Dungun jer yang diorang panggil bangunan tu sebagai reban ayam. Hemmm, boleh lah, nampak la kot macam reban ayam... Cerita ini mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang terpaksa berada di kampus kerana terpaksa settlekan assignment and then ada benda yang terjadi bila diorang...

Sakit 5

Assalamualaikum Alhamdulillah setelah sekian lama tak update... Kisahnya Ami disahkan penyakit lain, bukan Lymphoma. Ami sakit Tibi, bengkak di tangan tu adalah kesan dari Tibi, maybe juga Ami ada luka ke apa kan... Ami ada kucing kat rumah so maybe lah sebab tu dia jadi bengkak kat tangan kanan ni (kesan calar dari cakaran kucing). Tibi Ami special sikit sebab Ami tak ada langsung batuk, sakit tekak, kahak banyak and banyak lagi. Ami biasa je cuma dekat 2 bulan tak selesa guna tangan kanan sebab asyik sakit sahaja. Alhamdulillah sekarang dah boleh menulis cuma cara pegang pensil dah lain dah sebab x selesa guna cara dulu. Ami kena makan ubat 8 biji sehari selama 2 bulan dan sekarang Ami makan hanya 4 biji sahaja sebab ada perkembangan positif dalam badan.